Umat Islam pasti boleh

Friday, September 5, 2008

Cinta Berperaturan

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niat dan gunakan fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNya.

Cintailah sesiapa pun jua tetapi pastikan cinta itu lebih memudahkan kita mencintai Allah. Tegasnya, cinta anrata lelaki dan perempuan mestilah diniatkan kerana Allah.


"Kami bercinta kerana Allah," begitu yang selalu kita dengar. Tapi bagaimana ya..? Bagaimana bercinta kerana Allah..? Ya, iringilah dengan NIAT UNTUK BERNIKAH secara sah kerana pernikahan itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah SAW: "Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnakanlah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya". Oleh itu usahlah bercinta dengan niat sekadar untuk bersuka-suka. Tidak serius. Jika tidak elakkan bercinta dahulu. Tangguhkan. Katakan pada diri, "Aku hanya tertarik atau minat". simpan dan pendam perasaan itu dalam jiwa sedalam-dalamnya.

Elakkan daripada diluahkan hanya untuk mengundang reaksi. Tapi jika "Orang di sebelah sana serius' bagaimana...? Jawabnya mudah, jangan bercinta kerana kasihan. Jika diri kita dan orang yang kita kasihankan (cintai) itu. Ya, amat besar perbezaannya antara cinta dengan kasihan. Kita boleh kasihankan orang yang kita cinta,tetapi tidak boleh cinta orang yang kita kasihankan.

Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Saja suka-suka. Sebagai 'SPARE' tayar - manalah tahu kalau-kalau nanti diperlukan. Jika tidak ada niat untuk bernikah, hanya saja-saja, pasti cinta itu bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarangyang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak. Cinta jenis ini seburuk namanya - CINTA MONYET, CINTA ANAK ANJING (puppy love), CINTA KILAT dan sebagainya.




No comments:

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one