Umat Islam pasti boleh

Tuesday, August 26, 2008

Syaaban & Ramadan

Salam ukhuwahfillah buat tatapan semua sahabat...


Kini kita berada pada 25 Syaaban 1429 Hijjrah. 27hb Ogos 2008. Tinggal beberapa hari lagi Ramadan menjelang. Namun, penantian satu penyiksaan.


Inilah realiti seorang muslim yang sentiasa dahagakan ibadah daripada Allah. Saban tahun kita menyambut Ramadan tapi adakah kita menghayati erti Ramadan sebenar. Di kesempatan ini, ana ingin berkongsi pengalaman dengan antum semua. Kisah seorang Ibu dengan seorang anak yang sedang menanti waktu untuk berbuka puasa. "Ibu-ibu... saya lapar dan tidak berdaya!!!" Inilah rintihan seorang anak kepada ibunya setelah beberapa hari tidak menjamah makanan. "Apa ibu boleh lakukan anak ku... kita tiada apa-apa hendak dimakan..." Jawab ibunya. Namun, kasih sayang Allah kepada ummatnya, suatu hari ketika siibu sedang mencari makanan Allah telah memberikan rezeki kepadanya selepas bertemu dengan seorang penggembala kambing yang berada di mesir pada ketika itu. Syukur nikmat Allah. Bagaimanalah kiranya kita berada di tempat ibu tersebut. Ana pasti ramai yang merungut kerana tidak tahan dengan dugaan yang menimpa. Tapi janji Allah itu pasti dan Dia tidak akan membiarkan hidup ummatnya berada dalam kemiskinan kecuali mereka berusaha.


Gambaran jelas bahawa kita diwajibkan untuk berpuasa terutamanya bagi orang Islam. Kerana banyak fadhilat-fadhilat yang kita perolehi selepas berpuasa. Selain daripada menyihatkan tubuh badan ia juga menjaga kandungan toksik badan di samping meningkatkan pahala ibadat kita di sisi Allah.


Berpuasa boleh ditakrifkan sebagai manahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Banyak perkara-perkara yang perlu diteliti sebelum melakukan sesuatu. Misalnya, adalah batal puasa apabila memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja dan kita diwajibkan untuk membaca Al-Quran selepas menunaikan solat fardhu.


Jika diteliti dunia zaman sekarang, semakin ramai bilangan ummat Islam yang menunaikan Ramadan dihiasi dengan warna-warni juadah ketika berbuka puasa. Inilah kelebihan mereka yang berpuasa selain daripada dapat melakukan aktiviti sehari-harian dalam keadaan tenang. Hari-hari selain kita berpuasa kita sibuk memikirkan makanan apa yang akan di makan hari ini, walhal kita banyak kerja yang perlu disiapkan. Lebih-lebih mereka yang bekerjaya.


Gunakan lah sepenuhnya masa yang Allah kurniakan kepada kita. Berpuasa di bulan ramadan diharap dapat menyedarkan kita bahawa lebih ramai lagi yang tidak mempunyai sumbar makanan sedangkan kita di malaysia mampu menikmati juadah yang enak. Ingatlah saudara kita di Palastien, kerana mereka di sana hanya makan seketul nasi sehari berbanding kita makan hidangan 2 talam.


Harap apa yang dikongsikan boleh ambk pengajaran dan iktibar buat bekalan menghadapi hari kemudian.

Thursday, August 14, 2008

Bagaimana Bercinta Dalam Islam?



Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh. Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.


Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.


Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.


Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.

Sekadar menyampaikan.......

Buat teman2ku tersayang.....

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui.

Terjemahan Surah Al Ikhlaas agar kita dapat menghayati sepenuhnya.

1. Katakanlah (wahai Muhammad); “ (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; 2. “Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat; 3. ’Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; 4. “Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya”

Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ad a b anyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.

Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau. Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik.

Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangny a b etul-betul.

Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid. Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.

Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu agamamu, untukku agamaku'.

Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.

Pertama, kekuatan minda Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup..

Kedua, kekuatan hati Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.

Ketiga, kuat fizikal Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.

Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan.

Iqra'.....!

Take a break…….meditate…3 minutes & calm your mind…

Monday, August 11, 2008

Cantiknya wanita

BUKAN EMAS PERMATA YANG MEMPERCANTIKKAN ANDA,
MELAINKAN YANG MEMPERCANTIKKAN ANDA ADALAH AKHLAK,
DAN KEKAYAAN ANDA ADALAH ETIKA ANDA,

C.A.N.T.I.K.

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one