Umat Islam pasti boleh

Sunday, February 22, 2009

Adakah Kau Lupa..?


Pahlawan Syurga



Srikandi Islam

Tuesday, February 17, 2009

Luar Biasa

Ana ingin menjadi luar biasa, masalahnya sekarang kita sering membuatkan sesuatu menjadi biasa. Wahai sahabat sekalian, ana sering menekankan konsep tidak mudah putus asa. Tidak mudah untuk kita mencapai apa yang diimpikan. Untuk menjadi luar biasa perlu ada satu tindakan drastik tanpa memikirkan halangan dan rintangan dalam masa yang sama kita berjaya mencapainya atas kemampuan sendiri.

Bersikap luar biasa daripada yang biasa. Kerana akan wujud satu gelombang bakal berlaku. Macam tsunami. Perumpamaan Badang boleh diambil sebagai contoh orang yang paling kuat, dengan kekuatan itu dia gunakan untuk menjadi luar biasa.

Pejuang Islam yang ingin menjadi luar biasa, dia mestilah menjadi seseorang yang bermanfaat kepada masyarakat sekeliling bukan menjadi dalang untuk menhancurkan Islam. Oleh itu, Usaha untuk menjadi luar biasa perlu kepada kebaikan bukan kepada kemusnahan semata-mata.

Renung dan fikirkan..!!!

Sejauhmanakah kita memberi sumbangan kepada Islam..?

Monday, February 16, 2009

Hosnuzon

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain, dan janganlah kamu mengintip atau mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Hujuraat ayat 12).

Wednesday, February 11, 2009

Peranan muslimat dalam Gerakan Islam pada masa kini

Muslimat sinonim dengan kelembutan dan ketekunan dalam melakukan sesuatu. Tidak hairanlah pada hari ini kita melihat muslimat mampu berada sebaris dengan pimpinan-pimpinan muslimin. Bukan niat untuk meletakkan muslimat sebagai ketua mengalahkan muslimin. Namun ada hakikat menyatakan bahawa muslimat mampu untuk melakukan “Jangan disangka tangan yang lembut tidak mampu untuk menggoncang dunia”.

Lukman pernah menasihati anaknya bahawa “Siapa yang patut kamu patuhi perintahnya di dunia, pertama, Ibu mu, kedua juga ibumu dan yang ketiga barulah bapamu”. Melalui pesanan ini kita melihat ibu juga adalah mereka yang perlu mendapat perhatian. Di situ kita mentafsir bahawa kadang-kadang wanita boleh berada sebagai ketua tapi bukan dalam urusan mencari rezeki, menjadi ketua keluarga kerana itu adalah tugas muslimin.

Peranan Muslimat sebagai seorang Ibu. Syurga di bawah telapak kaki ibu, juga merupakan satu peranan penting seorang ibu yang mana jika kita menderhaka kepada ibubapa kita akan ditimpah musibah. Peranan ibu adalah untuk membimbing anak-anak untuk menjadi manusia. Janganlah kamu mengeluarkan perkataan yang kesat seperti ‘Ah’ apabila kamu diperintahkan untuk melakukan sesuatu. Amat besar kebencian di sisi Allah jika kita menderhaka kepada ke dua orang tua. KERANA, menggandungkan anak selama 9 bulan adalah bukti bahawa wanita juga kuat dari sudut mental. Jika muslimin ada 9 akal 1 nafsu, manakala muslimat 9 nafsu 1 akal. Tapi dengan itu juga muslimat mampu memberi zuriat kepada rumahtangga. Kebahagian rumahtangga ada pada Isteri.

Peranan Muslimat di kalangan sahabat. Walaupun muslimat terkenal dengan sikap yang cepat emosi, sikit-sikit merajuk, masalah ukhuwah, cemburu, dan suka bertindak sendiri. Usaha untuk merapatkan kembali ukhuwah antara sahabat hanya muslimat yang memahami masalah di kalangan muslimat sendiri. Digariskan beberapa perkara bahawa terdapat 3 hak kita terhadap sahabat iaitu, hak kita memberi salam, perlu untuk dijawab apabila sahabat memberi salam. Hak kedua, beri dorongan, kita perlu membimbing dan memberi nasihat apabila mereka memerlukan nasihat. Ketiga, Hak untuk terima undangan, iaitu apabila sahabat menjemput untuk datang ke majlis, kita wajib hadir dan jangan sama sekali menolaknya.


Peranan muslimat dalam rumahtangga. Muslimat perlu dalam mendirikan rumahtangga kerana ia adalah penyejuk mata. Apabila suami balik dari kerja kita tidak digalakkan untuk bertanya “kemana abang pergi..?”, “Kenapa lambat..?, dan yang seangkatan dengannya. Kerana ia mampu mendatangkan memurkaan kepada suami. Kalau boleh suami pulang dari tempat kerja, sambutlah ia dengan senyuman, sediakan air untuk membasahkan tengkuk, ataupun angkatlah barang yang dibawa balik ke rumah seperti beg.

Justeru, kita tidak boleh mempertikan bahawa muslimat tidak perlu keluar untuk berdakwah kerana siapa yang akan menyediakan makanan untuk semua tanpa kehadiran muslimat, Bagaimana hendak mengatasi masalah hati di kalangan sahabat tanpa muslimat. Maka terbantutlah perjuangan tanpa muslimat kerana muslimat merupakan sayap kiri perjuangan. Bukan sahaja di rumah malah di medan perang masa kini.

Sunday, February 1, 2009

Aku hamba yang hina

Kata-kata Ustaz Hasrizal mampu menyedarkan penulis dalam SPC baru-baru ini.

"Hamba Allah" adalah gelaran bagi mereka yang sedar siapa diri mereka di dunia ini.

Satu kes pernah berlaku, di mana seorang sahabat dari kampung, Dia pergi berhijrah untuk mencari sumber pendapatan di bandar. Kehidupannya yang daif memaksa dirinya untuk teruskan azam dan iltizam untuk pergi ke sana. Dalam masa yang sama dia tidak mengetahui selok belok kehidupan di bandar bagaimana. Namun keinginan mengatasi segala-galanya.

Dalam perjalanan hendak ke bandar, dia terfikir, "Bagaimanalah kehidupan ku di sana,..?" Tapi dia telah nekad untuk tidak undur ke belakang. Alhamdulillah, hari itu juga dia tiba di bandar Sabak, tiga jam perjalanan ke destinasi yang di tuju.

Setibanya di bandar, dia bertanya kepada seorang cikgu yang sedang berdiri menunggu bas. "Encik, boleh saya tanya sesuatu..?" Encik tu menjawab, "Ya saya, apa dia..?" Alhamdulillah, terjumpa juga orang baik-baik kat bandar ni. "Erm.. mana masjid terdekat kat sini..? Jelasnya lagi. "Saya baru sampai dari kampung hendak mencari kehidupan kat sini." Dengan ramah encik tu menjawab, "Oh tak jauh dari sini... dari 3 bangunan yang besar ni, kat belakang tu ada masjid. Dekat je..!!". Dia terus melangkah ke arah yang dijelaskan tadi. Sebelum pergi sempat lagi ucap, terima kasih encik, tak dapat nak balas jasa encik.


..Bersambung...

Serba sedikit pendahuluan daripada cerita yang bakal penulis siapkan. Nantikan next episod. Jika ada sebarang cadangan atau komen. di alu-alukan.

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one