Umat Islam pasti boleh

Wednesday, September 24, 2008

SOLAT TIANG AGAMA

Ana kena marah dgn umi smlm..

Umi n ayah akan setiap hari kejut ana utk bangun sahur..
Tapi pagi semalam ayah tepon, ana angkat tapa ana x larat sangat nak bangun.. xsahur pun.. letih dengan urusan majlis-majlis di masjid beberapa hari lepas.. ana dah dengar azan dah pun tapi ana x bgun.. at last ana bngun pkul 6.05.. mase 2 belum syuruk tapi terkejut sangat, roomate x kejut ana.. sedangkan setiap hari ana yang akan kejut di orang.. lepas qoda' solat, ana tepon umi, ana teriak, ana takut sangat dengan balasan Allah..

Umi marah-marah lagi, lagi la ana teriak.. umi kata, tau x api neraka tu panas, awak solat tarawikh 20 rakaat pun x gune kalau awak tinggal solat subuh.. umi hari-hari doa supaya anak umi xtinggalkan solat.. jangan harapkan kawan-kawan, bukan salah di orang.. salah awak.. nada umi sedih je.. kesian umi dapat anak macam ni..macam-macam umi pesan..

Ya Allah,
Betapa dosa nya ana.. dah la bulan puasa,.. berganda-ganda rasanye dosa ana ni.. beberapa jam lepas 2 ayah pesan solat je walau pukul berapa ana bangun dan niat qoda' walaupun kita ganti solat 2 tapi kita xtinggalkan solat 2..

Ustzh ana juga selalu pesan supaya kita sentiasa qoda'kan solat-solat kita.. kita xtau berapa banyak yang kita tinggalkan dan berapa banyak solat-solat fardu kita diterima Allah kan.. SOLAT TIANG AGAMA, bukan kita saja nanti dipersoalkan kenapa xsolat, kenapa tinggalkan solat tapi ibu bapa kita juga kena... bayangkanlah mereka nak taggung dosa-doas anak mereka.. sanggupkah kita bebankan mereka lagi di akhirat, sedangkan di dunia kita sudah banyak menyusahkan mreka..

Pesan ana, ramai juga sahabat2 kita yg bila bermusafir, mereka tinggalkan solat.. contohnya maghrib, bila berada dalam bas, solat lah menghormati waktu dan bila sampai di destinasinya, qoda'kanlah..

Islam ini kan mudah..banyak rukhsoh yang Allah beri.. kita boleh solat jama' kan..kita qosorkan sekali pun boleh..wahai kawan-kawan yang ana kasihi, solat membentuk peribadi kita, solat mendekatkan kita dengan Allah.. jagalah solat antum baik2.. jaga aurat ketika solat juga agar solat kita betul-betul diterima amlan nya oleh Allah.

Kehadiran Lailatu Qadar


Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

www.iLuvislam.com


Tuesday, September 23, 2008

Siapakah dia dan siapakah aku ….?

Siapakah dia dan siapakah aku….?

Tenang hati melihat wajahnya yang bersinar dan bercahaya sehingga mencuri hati ku. Mungkin juga peribadi elokmu di mataku mempesonakan ku. Muazzin, bilal dan imam - kebolehanmu dan keagamaan dalam dirimu memberi peluang diri kerdil ini menyimpan sedikit perasaan. Siapalah aku nak dibandingkan dengan kamu..

Aku?? Aku dahulu lebih dikenali dengan mulut laser.... Tetapi aku tak bangga dengan gelaran itu. Dan aku meneruskan misi mencari peribadi hakiki diri ini. Kerana aku tahu, aku punya potensi untuk berubah selaras dengan niat dan minat ku. Lama sungguh proses mencari "Siapa Aku?" sehinggalah Allah mentakdirkan pertemuan antara kau dan aku.

Seperti kisah penjual minyak wangi dan tukang besi, begitulah perubahan yang aku rasakan. Kau sebagai penjual minyak wangi dan haruman yang tercalit padaku, aku rasakan terus berkekalan. Mengenali kamu membuat aku ingin berubah. Katanya, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Sejak itu, aku cuba menjadi wanita yang baik untuk berjalan seiring dengan lelaki yang baik. Tetapi, perubahanku adalah Lillahi Ta'ala didorong oleh perasaan kagum terhadap peribadi kamu. Kalau kamu boleh punya peribadi hebat, masakan tidak aku??

Terima kasih memberi peluang aku mengenali kamu. Terima kasih juga kerana pertemuan antara kita memberi aku kekuatan luar biasa untuk berubah. Biarlah perasaan aku menjadi rahsia antara diriku dengan al-Khaliq. Sekiranya ditakdirkan ada jodoh kita bersama, Alhamdulillah. Sekiranya tidak, maka aku redha. Kerana aku percaya, Allah sentiasa memberikan yang terbaik kepada makhluknya.

**telah diciplak atas kebenaran penulis asal (",) ...Lelaki merupakan pemimpin keluarga terulung..Wanita berperanan terus mendukung! Selamat menghayati

Bacalah sahabat2 ku...surat dari iblis!!!!

Message:

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat kau tidak memuji Allah,tidak berselawat,tidak membaca ayat Kursi dan Kulhu(ikhlas). Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah waktu untuk tidur bukan untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya engkau tidak membuang masa. Pagi ni aku lihat kau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali..! Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman.

Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyeyak dan nyaman.Jangan hiraukan suara ayam yang berkokok atau penggera jam yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat engkau jarang-jarang mangambil wudu'.Ini bagus sekali kerana angkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. Aku lihat engkau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu hendak makan. Ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sendawa kuat-kuat seperti lembu.

Hai manusia yang kucintai, semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen pun ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah-limpah yang diberikan Allah kepadamu. Engkau seorang yang berjimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday dan membeli kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapakan 'Hi everybody!'. Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tidak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

Duhai manusia, Apabila engkau berpuasa, telah lemah seluruh urat sendiku, telah terbakar seluruh jasadku, merintihku kesakitan, bila setiap kali ku lihat hamba-hambaNya yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan waktu malamnya dengan berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas kerana pintu taubat telah dibuka Allah dengan seluas-luasnya. Namun,aku tetap gembira kerana ada diantara kamu yang masih sudi menjadi temanku...melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucap perkataan yang sia-sia,mengumpat, tidak solat malah mencipta persengketaan...aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali.

Cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku di sepanjang bulan yang dirahmati ini. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...kita berpegang tangan menuju NERAKA JAHANAM.......

sahabatmu yang tercinta,

IBLIS LAKNATULLAH

Sunday, September 21, 2008

Pesanan Buat sahabat

Sayidina Umar berpesan:

– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

Thursday, September 18, 2008

Dhuha

Dalil Solat Dhuha

"Murahkan rezeki, menolak kepapaan"

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara pelaksanaan

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat.
Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"
( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Kewajiban berdakwah






Perintah Dakwah dalam Al-Quran


1) Al Fussilat 33

2) Azzariyat 55

3) Toha 132

4)luqman 17

5)Ali Imran 104

6)Ali Imran 10

7)Annisa' 114
Rasulullah Bersabda:
"Sampaikanlah walau hanya dengan satu ayat."

Wednesday, September 17, 2008

Terdapat 10 surat dalam Al Quran yang akan mencegah 10 perkara�

Rasulullah SAW bersabda :

Terdapat 10 surat dalam Al Quran yang akan mencegah 10 perkara�


1. Surat Al Fatihah : untuk mencegah murkanya Allah

2. Surat Yaasin
: untuk mencegah kehausan pada hari
Kiamat

3. Surat Ad-Dukhaan : untuk mencegah ketakutan pada
hari Kiamat

4. Surat Waqiah : untuk mencegah kefakiran

5. Surat Al Mulk
: untuk mencegah siksa kubur

6. Surat Al Kautsar : untuk mencegah permusuhan

7. Surat Kaafirun : untuk mencegah kekufuran ketika
sakaratul maut

8. Surat Al Ikhlas : untuk mencegah kemunafikan

9. Surat Al Falaq : untuk mencegah bahaya Hasad

10.Surat An Naas : untuk mencegah rasa was was dari
gangguan syetan

Tuesday, September 16, 2008

Kenapa ini boleh berlaku...?

Aku pernah menangis...!!!

Tidak...!!!


Kenapa ini boleh berlaku...?

Adakah aku yang bersalah dalam hal ini....

Mungkin disebabkan dosa-dosa yang lalu.

Dan kini Allah ingin menghukum aku untuk terus berasa berasa bersalah dalam diri.


Kenapa ini boleh berlaku...?

Adakah aku leka dengan pencapaian yang aku telah miliki kini

Dan bakal aku lepaskan tidak lama lagi...

Di mana kan ku cari ganti...


Kenapa ini boleh berlaku...?

Aku pernah menangis kerana merasa hina di hadapan Allah.

Ku merasa diri tidak berguna lagi.

Apa yang patut aku lakukan...?



Rupa-rupanya, ku tertinggal sesuatu....

Apakah dia...?


DOT..DOT..DOT.
....................................................................?

16 September 2008

Heboh satu dunia blog menceritakan tentang 16 September 2008. Blog Siasah, Blog Akhi Along, Blog GAMIS, dan banyak lagi blog yang bersama-sama menantikan tarikh keramat bagi negara Malaysia ini. Kali ini, ana hendak mengulas sedikit tentang peristiwa 16 September. Dua bulan lepas isu ini memang akan dijangkakan menjadi isu yang hangat di kalangan penulis blog.


Menurut seorang aktivis pejuang Islam, Peristiwa 16 September adalah satu tarikh di mana perubahan pemerintahan kerajaan Malaysia daripada BN kepada Parti Pembangkang. Ini bukanlah bermakna ana memihak kepada mana-mana pihak. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang menginginkan pentadbiran negara yang bersih daripada ancaman, selamat dan suci daripada campur tangan pihak yang tidak sepatutnya.


Namun, 16 September 2008 hari ini yang dinanti-nantikan menghampakan sahabat seperjuangan apabila perubahan yang dijangkakan akan berlaku tidak menampakkan kesan sehingga ke saat ini. Janji Melayu.... Betulkah ini hanya kata-kata manis daripada Datuk Seri Anuwar Ibrahim (DSAI). Oh tidak, manis mulut berbicara. Setelah membaca akhbar hari ini, DSAI telah berusaha untuk merancang tentang perubahan yang berlaku pada 16 September 2008. Kita cuma hendak memberi peringatan "Jangan berjanji kalau tidak boleh ditepati".




Kemanisan Ukhuwah


Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga meski pun kini kita terpisah demi kasihnya.


Sunday, September 14, 2008

Malu Perhiasan Diri



Berkongsi sedikit certia petikan daripada buku "Malu Perhiasan Diri". Hasil karangan: ABD RAHMAN ABD MAJEED

Sinopsis

Malu yang lahir daripada keikhlasan Iman akan menyinari hati dan akhlak serta menghalangi manusia daripada melakukan perbuatan keji. Sifat malu adalah benteng agi hambaNya yang mengabdikan diri dan permata bagi mukmin yang berani serta pelindung bagi mereka yang mewarisi perjuangan para Auliah.

Sesungguhnya keutamaan dan nilai diri tidak hanya terletak pada kecantikan, malah faktor malu juga merupakan perhiasan yang indah. Mereka yang membaluti diri dengannya tidak akan terhina, bahkan mulia di sisi Pemilik alam semesta. Sesiapa yang mendahulukan rasa malu pada Khalidnya, tidak akan tersesat haluan. Muslim yang menjadikan malu sebagai pedoman, akan dijadikan teladan dan ikutan

Benarkah....

"MALU ITU PERHIASAN DIRI"

Nak tahu cerita di sebalik tabir....? Bolehlah cari buku yang berjudul "Malu Perhiasan Diri". Menuju ke mardatillah Allah untuk S dan N berada di jalan yang berliku. Bagaimana kita supaya dapat memandu dengan tenang, hiasailah ia dengan akhlak yang telah di gariskan dalam Islam sendiri.



Saturday, September 13, 2008

Terkesima dan tergamam

Ramadhan... Oh Ramadhan....

Kini kita telah berpuasa selama 13 hari, dari mula berpuasa sehinggalah kita melalui 10 malam pertama di bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Meningkatkah iman kita... Tanya sama diri.

Terkesima dan tergamam apabila terbaca dalam akhbar KOSMO..On9 dalam bahagian Rencana Utama. Seorang lelaki telah dinyatakan namanya dalam rencana tersebut. Berkongsi pengalaman semasa umurnya 10 Tahun, paginya puasa tiba solat zohor pergi munim air. Tidakkah itu adalah satu perkara yang sia-sia. Itu tidak apa kita tidak tahu lagi sepenuhnya erti puasa yang sebenar.

Bagaimana pula dengan kita yang dah meningkat umur dan sudah boleh menjadi ibu orang bagi perempuan. Tiba-tiba minum di kedai kopi pukul 1o.oo am. Inikah realiti zaman sekarang.... Jawab soalan ini dalam hati.

Tertarik dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh sahabiyah ketika usrahnya di bilik semalam. Dimanakah graf iman kita sekarang..? Adakan semakin meningkat atau sebaliknya...? Renung-renungkan erti ramadhan yang sebenar. Mudah-mudahan amal ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadahan ini diterima di sisi Allah s.w.t. Ameeennn.

Friday, September 12, 2008

Erti Hidup



Lihatlah bumi berputar mengikut paksinya. Boleh dianologikan sebagai kita hidup dalam dunia ini dengan satu matlamat yang jelas. Benarkah kita menganologikan putaran bumi atas paksinya sebagai hidup kita perlu dipaksikan dengan matlamat yang jelas.







Beginilah keadaan kita selepas dilahirkan dari perut ibu, setelah 9 bulan dalam kandungan. Betapa sayangnya Ibu terhadap kita dari buaian sehinggalah kini. Adakah kita merasakan bahawa tanggungjawab sebagai ibu dalam membimbing menjadi manusia yang bermanfaat..? Di mana usaha kita...? Erti hidup yang bermakna buat diri ini yang hina dan lemah.


"Kini ku mengerti
Erti hidup yang Diberi
Dunia jadi saksi
Liku-liku
Kan ku harungi
oh......"

Liric lagu Dayang Nurfaezah "Erti Hidup"





Thursday, September 11, 2008

Kebaikan kita diabaikan...

"Sana muka dia, sini muka kamu, di situ mukanya pula.... Bosan...Bosan...Bosan la duduk kat kampus ni. Mana tidaknya hari-hari pergi kuliah muka tu ja yang terpampang di hadapan. Di U ni juga selalu sahaja orang perhatikan gerak geri kita. Nak duduk susah, nak berjalan susah, nak berdiam diri lagi susah..." Merungut habis nampak.


"Ada apa yang boleh ana bantu...?" Kata Akma.


"Tiadalah, Okey je ni...!" Bay cuba berselindung di sebalik masalah yang dihadapinya. Namun sahabatnya yang selalu bersama seperti belangkas. Cuba untuk mengorek rahsia yang dia sembunyikan.


"Mungkin sebab puasa kot. Tu yang rasa tidak semangat nak hidup..." Jelas Bay. Akma terus berusaha untuk bertanya soalan dengan sahabatnya. Malangnya hampa... Bay tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberitahu kepada akma apa yang dia rasakan selepas dia mengetahui niat Akma untuk dekat dengannya.


Begitulah suasana yang terpaksa dihadapi oleh Bay yang sering menjadi perhatian sahabat sekeliling. Mereka merupakan pelajar tahun akhir yang menuntut di UPM. Mengambil kos Perakaunan. Manakala Akma adalah sahabat yang selalui memerhatikan gerak geri Bay yang menyebabkan dia tidak selesa dengan keadaan itu.


Satu pagi mereka pergi kuliah, Akma semakin berkobar-kobar untuk mengorek rahsia yang lama terpendam di dalam hati Bay. Atas sifat prihatin sahabatnya itu, tetiba timbul conflik antara mereka berdua. Walhal heboh satu kampus, mereka adalah sahabat baik dari tahun satu lagi. Langit tidak selalunya cerah. Itulah petikan lirik lagu hijjaz yang menyedarkan kita bahawa tidak semestinya langit selalunya cerah sepenjang hari. Kita perlu tahu juga bahawa siapa sangka hujan di tengah hari. Ukhuwah pun boleh diretorikkan sebagai langit dengan cerah tadi.


Ukhuwah yang disemat dalam hati beberapa tahun semakin pudar. Bay selalu sahaja menjauhkan diri daripada Akma dan rasa meluat menengok muka Akma. Terdetik di hati Akma, "Kenapa Bay benci dengan ana..?" Sangkanan Akma memang benar apabila perasaan yang dialami oleh Bay telah diceritakan oleh teman sekuliah, San. "Patutkan aku disisihkan hanya dengan mengambil berat tentang Bay...?" Inilah persoalan yang tidak pernah hilang selepas peristiwa Bay semakin menjauhkan diri daripada Akma.


Hari semakin hati berlalu, kini Akma dan Bay sudah hampir ke penghujung pengajian. Bulan 9 tahun ni nak convo. Namun apa menyedihkan hati Akma, hubungan antara mereka tidak dapat dijernihkan lagi. Sedihnya....!!! Mungkin inilah hakikat orang yang suka jaga hal orang. Kalau betul niat kita untuk membantu tidak akan berlaku konflik. Terdetik dalam hati Akma untuk menyaingi Bay kerana dia adalah budak yang cantik dalam kelas. Cemburu buta la ceritanya.


Perlu diperhatikan bahawa kita bersaing untuk kebaikan tidak apa... Tapi kalau bersaing untuk menjatuhkan seseorang baik batalkan niat untuk menjatuhkan dia. Kerana amal dimulakan dengan Niat. Jika niat untuk kebaikan kita akan dapat saham yang baik, dan sebaliknya.

Wednesday, September 10, 2008

WORLD TRADE CENTRE (WTC)

Ingat lagi..... 2001, ana masih berada di bangku sekolah menengah. Masa tu tingkatan 3. Gempar satu dunia apabila peristiwa 11 September 2001 menjadi muka depan dadah akbar. Rupa-rupanya bangunan yang menjadi kebanggan Amerika Syarikat telah dihapuskan oleh pesawat yang mana didakwah dilakukan oleh orang Islam iaitu Bangunan WTC. Lebih dikenali sebagai PENTAGON...

Siapa kata bangunan yang tertinggi di dunia akankekal lama, sedangkan terbukti akhirnya WTC hancur musnah. Maka tamatlah riwayatnya. Malangnya, kesan daripada runtuhan WTC orang islam telah mendapat gelaran baru agak sinis di telinga mereka yang menganut agama ini. Terrorist (Pengganas). Inilah gelaran yang ana cuba rungkaikan dalam blog "WTC". Benarkah ini angkara orang islam..?

Fikir dan kaji sejauh mana kebenarannya, kebetulan beberapa jam yang lalu ana terbaca blog along yang penuh dengan pengisian menarik. Memperingati Kejadian 11 September 2001 (WTC). Ada sedikit menyentuh berkenaan isu WTC. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut serba sedikit tentang peristiwa 11 September 2003. (http://mujaheedmohamed.blogspot.com/2008/09/memperingati-kejadian-11-sept2001-wtc.html)

Bersama merungkai hak kita sebagai ummat Islam... Jum mengimarahkan Masjid Al-Hikmah untuk menghayati tayangan yang menceritakan hal sebenar. Malam ini (11 September 2008) selepas solat tarawikh.

Ini tidak adil...!!!



Tuesday, September 9, 2008

SholaT kusyuk wal kudzuk

Untuk pengajaran dan peringatan kepada kita semua. Insya Allah,

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al- Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?". Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimanakah wudhuk zahir dan batin itu?." Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan 7 perkara:-

1] Bertaubat

2] Menyesali dosa yang telah dilakukan

3] Tidak tergila-gilakan dunia

4] Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

5] Tinggalkan sifat berbangga

6] Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7] Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata , "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap ke kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan ALLAH, Syurga di sebelah kananku, Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal Mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim. Sampaikanlah walau pun satu ayat.

Sampaikanlah kisah ini kepada sahabat-sahabat kita yang lain .........

Siapa diri ini...?

Hanya kain putih yang membaluti tubuhku, terkujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu...
Ajal yang datangdi muka pintu tiada siapa yang memberitahu, tiada siapa pun dapat hindari, tiada siapa yangterkecuali...
Lemah jemari nafas terhenti tak tergambar sakitnya mati, cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi...
Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang mamanggil ketakutan gelap pekat di pandangan...
Selama ini diceritakan kini aku merasakan, di dalam barzakh jasaddi kebumikan... (Rujuk Surah Yunus:49)


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hinanya diri di hadapan Allah... Adakah kita sentiada bermuhasabah setiap hari..? Adakah kita memperbaikai setiap kesalahan yang kita sering lakukan setiap hari....? Oh tidak... Inilah laungan seorang sahabat yang sering gelisah dengan hidupnya yang bakal berada di penghujung...

Sedar tidak sedar kita telah berada di bulan Ramadhan yang mulia.. Entah esok atau lusa apa lah nasib kita... Siapa sangka orang di paginya sihat sejahtera tiba-tiba di sebelah petang malaikat tiba mencabut nyawa.... Hanya disebabkan jatuh bilik mandi... Badan terkujur atas tikar mengkuang. InsyaAllah semua akan merasakan mati.... Segeralah bertaubat... Sebelum tibanya hari kebangkitan.

Kembang bulu roma apabila terbaca mesej sahabat di atas, mana tidaknya tiba-tiba hanphone berbunya.. Tu...Tu...Tu... nada deringan nokia. Dapat mesej daripada Siti dari Sandakan. Alhamdulillah dikesempitan masa yang ada juga sahabat yang boleh bagi kata-kata perangsang seterusnya menyedarkan ana sebagai seorang hamba yang hina di sisi Allah...

Terima kasih atas peringatan.....

SYURGA atau NERAKA


Saturday, September 6, 2008

Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

Ada apa pada HURUF


Jika :
A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z
ialah :
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

maka,
Hardwork = H+A+R+D+W+O+R+K = 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98% jer... 2% lagi ilang ke mana?
Knowledge = K+N+O+W+L+E+D+G+E = 11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96% jer??
Luck = L+U+C+K = 12+21+3+11 = 47% (Kengkadang org pikir nih yg penting)
Abis?! apa yang boleh buat 100%? kekayaan? pangkat? ...tidak sama sekali... setiap soalan mesti ada jawapannya... untuk mencapai kecermelangan,kita hanya perlu maju selangkah lagi...ianya adalah...

A+T+T+I+T+U+D+E = 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

Mari kita mengira. Tingkatkan ingatan kita untuk mengira berapa banyak amalan yang kita telah lakukan.....

Keluarga Muslim

Bismillah ar Rahman ar Rahim....

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...


"Mengapa kamu suruh orang lain mengerjakan kebaikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendir, padahal kamu membaca Al-kitab (Taurat)..? Maka tidakkah kamu berfikir..?" (Surah Al-Baqarah:44)


"Dan janganlah kamu campuradukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang semua mengetahui" (Surah Al-Baqarah: 42)


"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu yang buruk"(Surah Al-Isra:32)

Buktinya, Rasulullah pernah berpesan bahawa kahwinilah wanita yang mempunyai keturunan, harta, kebijaksanan, kecantikan dan agama. Tetapi Baginda menekankan aspek agama yang perlu dinilai. Kerana jika kita kahwini seseorang wanita kerana hartanya kelak ia akan membinasahkan dirinya, jika kita kahwini sesorang kerana kecantikannya kelak ia akan pudar ditelan masa. Tetapi kahwinilah wanita yang hitam legam namun sempurna dari sudut agamanya, menjaga kemaluannya dan kehormatan dirinya.

Mungkin kita boleh aplikasian dalam mencari si dia..

Keluarga bagaimana yang ingin kita...? Mahligai bahagia dengan pasangan anda dan Sejauh mana keberkatan dalam berumahtangga.

Senang-senang jeee...

"Kenape kita tido di masjid, tapi tatkala Khutbah telah tamat kita terus terjaga? Kenape terlalu susah utk berkata ttg Allah..tapi terlalu senang utk berbicara ttg sex....Kenape kita terlalu bosan (malas) utk membaca al-Quran..tapi terlalu senang membaca majalah playboy (lucah)?? Mengapa terlalu mudah utk kita memadam mesej berkenaan Islam..kemudian kita menyebarkan (forward) mesej yg nakal (mesej kurg elok)??.. Kenape masjid2 makin kurang jamaahnya, sedangkan bar2 dan kelab2 malam semakin ramai pengunjungnya?? Fikirkanlah ttg nya.. Adakah anda akan sebarkan (forward) mesej ini atau memadamkannya (delete) ? Ingatlah yang Allah sentiasa memerhatikan mu, jika anda cintakan Allah maka semestinya anda akan menghantarkan mesej ini kepada semua yg berada dlm senarai anda.."


Tersentak dengan mesej yang sahabat bagi dalam friendster. Ana pun terfikir bagaimana la tangan kita dengan mudahnya mengirim mesej dalam bentuk yang tidak sepatutnya. Walhal ada mesej yang berguna boleh kita hantar kepada orang bakal menerima mesej.

Menghabiskan kredit untuk bertanya-tanya khabar, kat mana sekarang adalah lebih baik kita hantarkan mesej seperti "apa kbr iman..? da ada pengisian rohani yang boleh memberi tenaga kepada Iman...? Topup la supaya ia tidak hanyut ditelan nafsu.

Jadikan pesanan ringkas daripada sahabat sebagai penguat kepada iman. Kerana Al-Quran ada mengkhabarkan bahawa berilah peringaran sesungguhnya peringatan itu adalah lebih baik bagi golongan yang beriman, (Az Dzariyat:55)

Friday, September 5, 2008

Cinta Berperaturan

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah. Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niat dan gunakan fitrah itu untuk menghampirkan diri kepadaNya.

Cintailah sesiapa pun jua tetapi pastikan cinta itu lebih memudahkan kita mencintai Allah. Tegasnya, cinta anrata lelaki dan perempuan mestilah diniatkan kerana Allah.


"Kami bercinta kerana Allah," begitu yang selalu kita dengar. Tapi bagaimana ya..? Bagaimana bercinta kerana Allah..? Ya, iringilah dengan NIAT UNTUK BERNIKAH secara sah kerana pernikahan itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah SAW: "Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnakanlah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya". Oleh itu usahlah bercinta dengan niat sekadar untuk bersuka-suka. Tidak serius. Jika tidak elakkan bercinta dahulu. Tangguhkan. Katakan pada diri, "Aku hanya tertarik atau minat". simpan dan pendam perasaan itu dalam jiwa sedalam-dalamnya.

Elakkan daripada diluahkan hanya untuk mengundang reaksi. Tapi jika "Orang di sebelah sana serius' bagaimana...? Jawabnya mudah, jangan bercinta kerana kasihan. Jika diri kita dan orang yang kita kasihankan (cintai) itu. Ya, amat besar perbezaannya antara cinta dengan kasihan. Kita boleh kasihankan orang yang kita cinta,tetapi tidak boleh cinta orang yang kita kasihankan.

Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Saja suka-suka. Sebagai 'SPARE' tayar - manalah tahu kalau-kalau nanti diperlukan. Jika tidak ada niat untuk bernikah, hanya saja-saja, pasti cinta itu bukan kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarangyang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak. Cinta jenis ini seburuk namanya - CINTA MONYET, CINTA ANAK ANJING (puppy love), CINTA KILAT dan sebagainya.




Himpunan DALIL

PERUBAHAN

"Yang demikain itu kerana sesungguhnya ALlah tidak akan mengubah suatu nikmat yang telah diberikan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sungguh, ALLAH Maha Mendengar, Maha Mengetahui" (Surah Al-Anfal)

PERANAN WANITA

"Dan Orang-orang yang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bgi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (berbuat) yang makruf (baik), dan mencegah yang mungkar (buruk), melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan RasulNya. Sungguh, Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana." (Surah At-Taubah:71)

PERTOLONGAN

"Wahai orang-orang yang beriman..! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." (Surah Muhammad:7)

MENUNTUT ILMU

"Maka kami memberikan pengertian kepada Sulaiman (tentang hukum lebih tepat), dan kepada masing-masing Kami berikan nikmat dan ilmu, dan Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Dawud. Dan Kamilah yang melakukannya." (Surah Al-Anbiya:79)


Tuesday, September 2, 2008

Muslimat Movement


"MUSLIMAT MOVEMENT".

Muslimat Movement menjadi tema tahunan bagi ana dalam menempuh hidup yang penuh dengan pancaroba, mehna dan tribulasi.

Sengaja ana ambil tema ini supaya ia membantu untuk membentuk peribadi yang sepatutnya. Walaupun digelar sebagai muslimat adakah kita praktikan erti muslimat sebenar..?

Hiasi diri dan perindahi peribadi dengan akhlak yang mulia kerana seindah-indah perhiasan di dunia adalah wanita solehah.


Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one