Umat Islam pasti boleh

Friday, October 24, 2008

Surah Ar Rahman

Bismillah Ar Rahman Ya Rahim, Dengan menyebut nama ALlah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang.

"Ya Allah Ya Tuhan kami. Kurniakanlah kami hidayah Mu, agar beroleh rahmat dari Mu, dan di jauhkan dari segala bala serta siksa api neraka Mu. Dipermudahkan segala urusan ditunjukkan jalan kebenaran".
(Petikan sepotong doa dan rintihan kepada yang Esa)

"Manakah nikmat Allah yang kamu dustakan"
(Ar-Rahman : 13)

Friday, October 17, 2008

Apa khabar Iman..?

Assalamualaikumw.b.w.t… Salam Ukhuwah Fillaah… Selamat Membaca....


Bismillaharahmanarrahim... Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah, biiznillah, kita masih diberi peluang untuk bersua sekali lagi. Apa khabar Iman..? Ustazah ana semasa sekolah menengah berpesan jagalah Iman kamu setiap masa, kerana ia tidak akan bertambah dan tidak berkurang. Apabila antum tambah maka pahala amalan akan bertambah. Sebaliknya apabila kita kekurangan salah satu bermakna kita tidak dapat 5 malahan kosong. Kerana rukun Iman ada 6 iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada rasul, beriman kepada kitab dan beriman kepada Qada’ dan Qadar.a

Rukun Iman ada 6 perkara:

Beriman kepada Allah = Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya. Secara positifnya kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepasa selain Allahs.w.t

Beriman kepada Malaikat = Dengan Iman kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yang bernama Malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk ghaib yang tidak dinyatakan Allah

Beriman kepada Rasul = Dengan beriman kepada Rasul, kita mempercayai adanya pesuruh-pesuruh Allah di muka bumi ini untuk dijadikan petunjuk dan teladan

Beriman kepada Kitab = Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang di akhiri oleh kitab Al-Quran

Beriman kepada Hari Kiamat = Dengan Iman kita mempercayai di sebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan erkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.

Beriman kepada Qada' dan Qadar = Dengan beriman kepada qada' dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya


Friday, October 10, 2008

"Taat pada pimpinan"

Assalamualaikum w.b.t… Salam Ukhuwahfillah dan Selamat Membaca…

Petang-petang la dalam pukul 2 lebih macam tu… Buka blog kat bilik ni. Terbaca satu blog sahabat cerita tentang pimpinan. Apa yang ada di dalam…? Ana terbaca la satu part, dia tulis kat dalam tu, bahawa kenapa kita perlu taat kepada pimpinan..? Apa rasionalnya…? Takkan nak patuh cakap mereka sahaja…?

Sedikit perkongsian ilmu berkenaan taat kepada pimpinan sesebuah organisasi, persatuan atau jamaah. Sebagai seorang dai’e (pejuang Islam). Setakat ilmu yang ada, ana hendak menceritakan serba sedikit kenapa kita perlu taat pada pimpinan. Ana bersetuju sangat berada dalam barisan sahabat-sahabat pejuang. “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang di jalanNya, dengan barisan yang teratur seperti bangunan tersusun kukuh (Surah As-Saff: 4). Ayat dalam Al-Quran sendiri menggambarkan solat berjemaah mampu mendorong unuk kita taat kepada pimpinan.

Berkata Abdus Salam bin Bajras bin Hashir Ali Abdul Karim: “Antara perintah Allah dalam ayat ini ialah mengenai hal kewajipan kita taat kepada penguasa, dan Allah Subhanahu wa-Ta’ala mensetarakan ketaatan kepada pemimpin dengan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Ini semuanya menunjukkan betapa penting posisi pemimpin dan amat agung keadaannya”. (Mu’amalatul Hukkam Fi Dhauil Kitab was-Sunnah. Hlm. 50).

Taatlah pada pimpinan kerana ia adalah seruan daripada ilahi rabbul izzati. Salah satu cara untuk memperteguhkan iman adalah kita patuh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul dan kita tinggalkan larangannya. Semua sedia maklum bahawa peringkat iman seseorang insane tidak akan sama. Diibaratkan sebagai roda yang sedang berputar, bila-bila masa ia boleh di atas dan tidak mustahil ia akan berada di bawah. Itulah hakikat keimanan manusia. Taat pada pimpinan juga menjadi benteng kita untuk menjaga iman dalam diri.

Ambil pengajaran daripada post yang dikongsi pada kali ini. Pejuang Islam yang Berjaya tidak akan pernah derhaka kepada pemimpinnya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: “Dengarlah dan taatilah penguasa diwaktu susah dan senang, diwaktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkan untuk berbuat maksiat”. (Hadis Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. 10/426. Sanadnya hasan)

Para pejuang Islam menegaskan bahawa, berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim selama mana dia tidak mengajak ke arah maksiat selagi itu kita kena patuh dan taat akan perintahnya. Sabda Rasulullah, “Taatlah kepada ketua sungguhpun ia berambut hitam, keriting selama mana ia berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah.”

Tapi, “Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam suatu perkara, maka janganlah disebarkan (dicanang/dihebohkan) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itulah diharapkan, jika tidak maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”. (Majma 5/229. Hadis Riwayat Imam Ahmad. Lihat: As-Sunnah 2/522 dari jalur Muhammad bin Ismail bin Abbas)

Sedikit pesanan kepada pembaca terutamanya diri ana, taatlah kepada pimpinan kerana mereka yang mampu untuk mencanag dan menrencanakan yang terbaik untuk kita. Di kesempatan yang Allah beri kepada meraka yang tidak pernah puas hati dengan pimpinan, cepat-cepat buang sifat-sifat mazmumah dalam diri. Kerana ia pendorong kepada penurunan tahap iman seseorang.

Yang baik itu datang daripada Allah dan buruk datannya dari diri ana yang hina dan lemah, hakikatnya kedua-duanya datang daripada Allah disandarkan pada diri.

Kekayaan, Kejayaan Atau Kasih Sayang??

Yang mana satu pilihan hati ?? Kekayaan, Kejayaan Atau Kasih Sayang??

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Dengan Nama Allah yanag Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Semoga menjadi ikhtibar kita bersama...

Mengulas sedikit artikel yang ditujukan khas mereka yang bercita-cita hendak mendak mengecapi kebahagian di dunia dan di akhirat. Ana ada terbaca sebuah artikal yang berkenaan kekayaan, kejayaan atau kasih sayang. Di mana ia mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang tinggal di kawasan taman perumahan dengan 3 orang lelaki tua.



Kisahnya begini, Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu." "Adakah suami awak ada di rumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar." "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan : "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang." Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antar kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah." Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut.

Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!" Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya : "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!" "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami." Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan : Mereka semua menjawab: "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?""Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya..

Di mana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!" Adakah kita meletakkan samaada kekayaan, kejayaan atau kasih sayang dalam diri..? Mungkin sukar diungkap dengan kata-kata, tapi inulah hakikat bahawa dunia zaman sekarang kita lebih mementingkan kekayaan dan kejayaa berbanding kasih sayang. Inikah nilai Islam yang patut ada dalam diri seorang insan dan hamba yang hina di sisi Allah.


Wednesday, October 8, 2008

Islam is My life


Buka mata luaskan telinga....? Renungkan sejauh mana kita menghayati dan menjadikan Islam sebagai cara hidup kita

Tuesday, October 7, 2008

Salam Lebaran

Selamat Hari Raya.... Maaf Zahir n Batin/ 0_0
Ku susun sepuluh jari. Mohon Ampun dari hujung kaki hingga hujung rambut andai ada terkasar bahasa tersilap kata...

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one