Umat Islam pasti boleh

Friday, October 10, 2008

"Taat pada pimpinan"

Assalamualaikum w.b.t… Salam Ukhuwahfillah dan Selamat Membaca…

Petang-petang la dalam pukul 2 lebih macam tu… Buka blog kat bilik ni. Terbaca satu blog sahabat cerita tentang pimpinan. Apa yang ada di dalam…? Ana terbaca la satu part, dia tulis kat dalam tu, bahawa kenapa kita perlu taat kepada pimpinan..? Apa rasionalnya…? Takkan nak patuh cakap mereka sahaja…?

Sedikit perkongsian ilmu berkenaan taat kepada pimpinan sesebuah organisasi, persatuan atau jamaah. Sebagai seorang dai’e (pejuang Islam). Setakat ilmu yang ada, ana hendak menceritakan serba sedikit kenapa kita perlu taat pada pimpinan. Ana bersetuju sangat berada dalam barisan sahabat-sahabat pejuang. “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang di jalanNya, dengan barisan yang teratur seperti bangunan tersusun kukuh (Surah As-Saff: 4). Ayat dalam Al-Quran sendiri menggambarkan solat berjemaah mampu mendorong unuk kita taat kepada pimpinan.

Berkata Abdus Salam bin Bajras bin Hashir Ali Abdul Karim: “Antara perintah Allah dalam ayat ini ialah mengenai hal kewajipan kita taat kepada penguasa, dan Allah Subhanahu wa-Ta’ala mensetarakan ketaatan kepada pemimpin dengan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Ini semuanya menunjukkan betapa penting posisi pemimpin dan amat agung keadaannya”. (Mu’amalatul Hukkam Fi Dhauil Kitab was-Sunnah. Hlm. 50).

Taatlah pada pimpinan kerana ia adalah seruan daripada ilahi rabbul izzati. Salah satu cara untuk memperteguhkan iman adalah kita patuh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul dan kita tinggalkan larangannya. Semua sedia maklum bahawa peringkat iman seseorang insane tidak akan sama. Diibaratkan sebagai roda yang sedang berputar, bila-bila masa ia boleh di atas dan tidak mustahil ia akan berada di bawah. Itulah hakikat keimanan manusia. Taat pada pimpinan juga menjadi benteng kita untuk menjaga iman dalam diri.

Ambil pengajaran daripada post yang dikongsi pada kali ini. Pejuang Islam yang Berjaya tidak akan pernah derhaka kepada pemimpinnya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: “Dengarlah dan taatilah penguasa diwaktu susah dan senang, diwaktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkan untuk berbuat maksiat”. (Hadis Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. 10/426. Sanadnya hasan)

Para pejuang Islam menegaskan bahawa, berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim selama mana dia tidak mengajak ke arah maksiat selagi itu kita kena patuh dan taat akan perintahnya. Sabda Rasulullah, “Taatlah kepada ketua sungguhpun ia berambut hitam, keriting selama mana ia berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah.”

Tapi, “Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam suatu perkara, maka janganlah disebarkan (dicanang/dihebohkan) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itulah diharapkan, jika tidak maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”. (Majma 5/229. Hadis Riwayat Imam Ahmad. Lihat: As-Sunnah 2/522 dari jalur Muhammad bin Ismail bin Abbas)

Sedikit pesanan kepada pembaca terutamanya diri ana, taatlah kepada pimpinan kerana mereka yang mampu untuk mencanag dan menrencanakan yang terbaik untuk kita. Di kesempatan yang Allah beri kepada meraka yang tidak pernah puas hati dengan pimpinan, cepat-cepat buang sifat-sifat mazmumah dalam diri. Kerana ia pendorong kepada penurunan tahap iman seseorang.

Yang baik itu datang daripada Allah dan buruk datannya dari diri ana yang hina dan lemah, hakikatnya kedua-duanya datang daripada Allah disandarkan pada diri.

No comments:

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one