Umat Islam pasti boleh

Friday, November 21, 2008

MUQADDIMAH - Hidup sebagai pejuang Islam

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahf : 13 – 14)

Golongan muda (syabab) adalah merupakan asset penting dalam memastikan kesinambungan gerakerja Islam. Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini. Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah). Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.

KONSEP 'AMAL JAMA'I DALAM GERAKAN ISLAM

‘Amal jama’i adalah merupakan satu tuntutan harakah yang panduannya disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Al-Saff: 4)

Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a. katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku,
lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?
Rasulullah menjawab: Ya.
Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?
Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.
Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?
Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikut selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.
Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?
Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu.
Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.
Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.
Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?
Rasullullah menjawab denga bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka.
Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?
Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.”

Wednesday, November 19, 2008

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum w.b.t… Salam blogger… dan Salam Peringatan…

Ana hanya mampu menghembus nafas lega setelah selesai semua kerja. Alhamdulilah. Sebagai peringatan bersama, ana hendak kongsi sedikit cerita mengenai Rasulullah ikutan kami. Rasulullah ialah Nabi terakhir utusan daripada Allah. Baginda ditugaskan untuk menyampaikan risalah mengenai Islam kepada ummat manusia. Ana pernah menghadiri satu kelas tajwid di sekolah. Ustazah yang mengajar kami kelas tajwid sempat juga bagi kami sedikit pengisian rohani.


Manusia perlu sentiasa diberi peringatan. “Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakana.” Ustazah tu mengulang apa yang pernah disampaikan oleh Rasulullah dalam khutbah terakhirnya. “Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini” Sambungnya lagi.


Mukaddimah bagi post yang ana sampaikan kepada pembaca sekalian. Rasulullah digelar Al-Amin kerana baginda sentiasa berkata benar. Semasa baginda menyampaikan khutbah terakhir di Lembah Uranah Arafah terdapat beberapa peringatan-peringatan yang ditujukan khas buat umat akhir zaman. Keadaan ini berlaku bahawa suatu hari nanti menusia akan kembali kepada zaman jahiliah setelah Islam mengecapi kejayaan suatu masa dahulu.


Antaranya;

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta harta yang diamanah kepada kamu kepadanya pemiliknya yang berhak.


“Sesungguhnya Allah telah menawarkan amanat kepada langit, bumi, dan gunung-gunung, tetapi semuannya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikulkan amanah itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sabgat zalim dan sangat bodoh” (Surah Al-Ahzab:72)


Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Demikian ceritanya apabila kita menyayangi seseorang kerana Allah adalah tidak mustahil untuk dia menyayangi kita. Begitu juga dengan mengingati Allah.

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu” (Al-Baqarah:152)


Tidak lupa juga hak seorang wanita terhadap lelaki. Ditujukan khas buat srikandi-srikandi yang turut disebut mengenainya dalam khuthbah terakhir Rasulullah. Tujuannya untuk membela nasib mereka sekiranya berlaku ketidakadilan di pihak lelaki. Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak di atas kamu.

“Wahai orang-orang yang beriman..! Tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan dengan jalan paksa” (Surah: An-Nisa:19)

Ajaran paling asas sebagai seorang muslim adalah hadis 40 hadis ke-2, menerangkan mengenai Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan. Sebagai mengulangi pesanan terakhir daripada Rasulullah iaitu mengenai sembahlah Allah, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu.


Sampaikanlah walau sepotong ayat. Hendaklah orang-orang yang membacanya khutbah Rasulullah ini, menyampaikannya kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain.


p/s Sekiranya kita menginginkan untuk menjadi seorang Muslim sejati, Sesungguhnya, Rasulullah meninggalkan 2 perkara. Jika kamu berpegang kepada ke 2 ini maka kamu tidak akan rugi, iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Jadikan Rasulullah contoh yang terbaik dan pedoman dalam menempuh kehidupan.

Tuesday, November 18, 2008

Pejuang Berani Mati




Adakah kita berani menjadi seperti mereka yang rela mati demi mencari mati syahid yang kematiannya mulia di sisi Allah s.w.a. InsyaAllah dengan Izin Allah kita boleh mencapainya. Amin...

Monday, November 17, 2008

Siapa Paling Hebat

"Sehebat mana pun seseorang, kalau dia tak sama2 duduk dalam halaqoh(usrah) atau duduk dalam proses tarbiyyah dan dakwah, kehebatannya itu akan pudar juga dimamah usia dan dosa tanpa peringatan"

What Is Advantage Of Men n Women

Men @ Muslimin

Ketampanan, Kekacakan. Keindahan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal, tetapi pada murni rohani,

Lelaki yang 'cantik'...
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa,

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad s.a.w
Adalah keindahan yang sempurna seorang lelaki.



Women @ Muslimah

Kecantikan, Keindahan, Keperkasaan serta Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah...
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan,

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang Ehsan,
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Saturday, November 15, 2008

Ghuraba (Kekuatan)

Ghuraba (kekuatan) merupakan satu kata-kata semangat yang digunakan untuk meneruskan gerak kerja sebagai seorang Islam.

-Lillahi Ta'ala-


Friday, November 14, 2008

Bermudah-mudah dalam sesuatu perkara

Assalamualaikum w.b.t......Salam Perjuangan...
Hamdan Ya Syukran Nillah. Infiniti kesyukuran ditujukan kepada Illahi yang sentiasa membenarkan kita menghirup udara yang nyaman. Kena lagi pagi tadi hujan renyai-renyai kalau la diizinkan untuk bergerak di luar sana kan bagus... Malangnya, pukul 10.00 ada masih ramai yang tidak bangkit dari tidor... Ndak pa yang penting solat jangan tinggal ah.
"Bermudah-mudah dalam sesuatu perkara". Apa yang antumna faham dengan tajuk ini...? Pada ana ia adalah satu tindakan di mana kita melakukan sesuatu atas dasar memenuhi syarat. Maksudnya, melakukan sesuatu perkara bukan pada haknya. Misalnya, membaca Al-Quran (mengaji) hanya kita tau bagaimana nak baca, taranum okey tapi tidak pastilah pula tajwid betul kah. Jom kita semak balik tajwid bacaan kita. Menepati makhraj dia ka tidak. Berdosa bah kata diorang kalau baca ndak betul. Ayat Al-Quran ni mana boleh bawa main-main.
Kita lupa dalam kita bergerak kerja sebagai pejuang Islam ni, adakah kita menitikberatkan berkenaan ilmu-ilmu fardhu ain, Ilmu dunia dan Ilmu Akhirat serta banyak lagi jenis ilmu. Semangat melebihi ilmu yang ada. Tidak boleh jadi juga, tidak apa, Rasulullah sendiri pun menyampaikan dakwa sambil menuntut ilmu.
Bermudah-mudah terhadap sesuatu perkara adalah tindakan yang tidak perlu wujud dalam mengelar diri sebagai pejuang Islam. Walaupun Allah menjanjikan kemenangan kepada orang Islam. Namun ia tidak berjaya tanpa usaha. Berusahalah memperbaiki kelemahan yang ada. Sebagai teguran kepada diri dan orang lain. Tapi elakkan daripada bersikap sombong, kata orang bodoh sombong. Jauhkan. Lakukan sesuatu perkara berlandaskan syariat yang ditetapkan.
Wassalam

Thursday, November 13, 2008

Pedoman hidup sebagai Mujahid/Mujahidah

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin Walau susah menempuh cabaran…
Bersatulah wahai kaum muslimin Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjuanglah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan… Berjuanglah wahai Ansarullah
Dengan satu matlamat kerana Allah Berjuanglah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan…
Bergeraklah ke gerbang jasa Susah senang bukan alasannya
Satukanlah niat dihati Hingga nyata benarnya janji Rabbi…
Selamatlah badan dakwah melangkah
Memimpin ummah berlandas tarbiahBerpedomankan Al-Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah…
-sekadar renungan-

Tuesday, November 11, 2008

An-Nisa vs Ar-Rijal

Lelaki @ Muslimin
1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
Wanita @ Muslimat

1. wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya, wanita saksinya kurang berbanding lelaki. wanita menerima pusaka kurang dar i lelaki..
2. wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).
Seorang lelaki perlu pergi berjihadfisabilillah tetapi wanita jika taatakansuaminya serta menunaikantanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergiberperang fisabilillah tanpa perlumengangkat senjata.
Mengapa pilih surah ini...?
Selepas jak release tension kul 12 pas Exam, ana terus buka laptop, plan awal memang nak rehat lama, tapi malaslah... Kita sebagai pengerak jihad tiada istilah malas dalam diri. Blog ni juga tempat untuk menuntut ilmu selain ke kuliah atau ke sekolah. Banyak ilham yang boleh dicipta selepas membaca blogblog sahabat yang lain. Kebetulan petang ni takde paper juga kan. Buat post baru untuk santapan minda teman-teman.
Perasan tak di atas ini post berkenaan apa...?

Monday, November 10, 2008

Sang Pencinta Lelaki

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karenakedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
Kalau sebelum ni sempat berkongsi mengenai "Sang Pencinta Wanita", Terkesima pula hati ini selepas membaca posting daripada blog seorang kawan mengenai "cinta lelaki terhadap wanita...". Manakah jenis wanita yang menjadi idaman seorang lelaki..? Adakah wanita idaman lelaki mereka yang hanya duduk di dalam rumah atau mereka yang bergiat aktif dalam berdakwa..? Tidak cukup dengan itu, wanita yang berilmu menjadi idaman lelaki.
Ana tidaklah matang untuk membincangkan berkenaan alam perkahwinan tapi rumahtangga ibubapa ana menjadi bekalan untuk menghadapi gerbang perkahwinan kelak. Kenapa sekarang ini di kalangan sahabat dan sahabiyah sibuk membincangkan mengenai perkahwinan... Gatal nak kahwin dah... Ilmu tak cukup nak kahwin... Cam mana nak mendidik anak-anak nanti. Sebagai seorang yang mengaku dirinya sebagai pejuang Islam, adakah isu ini terlalu awal untuk dibincangkan. Bagi pendapat sesetengah sahabat tidak perlu walhal sempuran iman seseorang apabila ia telah menyempurnakan walimatuurus untuk persediaan menhgadapi perkahwinan.
Lelaki zaman sekarang sukar untuk dipercayai, kecuali mereka yang betul-betul ikhlas niat memperisterikan seseorang kerana Allah dan ingin meneruskan mata rantai perjuangan Rasulullah hingga ke akhirnya. Bukan untuk memenuhi nafsu semata. Maaf la kasar sikit. Namun itulah hakikatnya. Walaupun itu fitra bagi seorang lelaki tapi sebagai para da'i yang mesih belajar, ia adalah tidak digalakkan.
Wahai sang pencinta lelaki, berhati-hatilah dengan wanita, Abdullah bin Amru r.a. berkata: “Mahukah kalian aku beritahu tentang tiga jenis manusia yang celaka salah satunya Isteri yang buruk tabiatnya, jika engkau berada di sisinya ia membuatmu gusar/tidak senang. Dan bila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”
Berhati-hati memilih pasangan. Kebahagian tidak sahaja terletak di tangan lelaki, Wanita mampu mengoncang dunia kerana jangan disangka tangan yang lembut membinasakan diri antumna semua (lelaki)

Sunday, November 9, 2008

SANG PENCINTA WANITA



"Seindah hiasan adalah wanita yang soleheh." Petikan lirik yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid, Inteam mengambarkan kepada kita bahawa seindah-indah perhiasan adalah wanita yang solehah.

Jagalah perhiasanmu, sungguh Allah telah berpesan bahawa "Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya dam memelihara kemaluannya dan jangan menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang biasa dilihat." (Surah AN-Nur 24:31)

Wahai sang pencinta wanita, kerana diri mu begitu berharga. "Wahai PUTERIKU.. Demi Allah.. Jangan engkau percaya terhadap kata-kata SEBAHAGIAN lelaki.. Bahawa mereka memandangmu kerana AKHLAK dan ADAB.. Bicara denganmu seperti SAHABAT.. Dan apabila bercinta denganmu seperti teman akrab.. Sebenarnya mereka BOHONG..!!! Jika engkau mendengar sendiri bualan mereka... Pasti engkau takut dan ngeri.. Hanya di tanganmu pintu segala kebaikan.. Bukan di tangan kaum lelaki.." -Ali Thantawi-

Cinta Allah Yang Agung, memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Cinta hakiki membawa ke syurga, kalau kita mencari cinta pada manusia... belum tentu kita temui cinta sejati, kalau kita mencari cinta ilahi, Dia pasti menerima cinta kita.. dan itulah cinta yang hakiki yang memberi kebahagiaan hingga ke syurga.


Kiranya mereka tahu,






Namun fitra manusia untuk mencinta dan dicintai. Wanita juga ingin dicintai, dan ingin dikasihi. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Tak cinta maka tak bahagia, dan tak bahagia maka tidak akn serasi bersama.

Bersabar menempuh cabaran, mehna dan tribulasi untuk mengecapi cinta dan kebahagiaan yang hakiki. Cinta islamic memang tiada digariskan dalam kehidupan. Sebagai pedoman hidup "Jangan mengimpikan seseorang untuk jadikan teman hidup andai diri belum menguasai ilmu fardhu Ain, Solat terlajak waktu dan Al-Quran tak khatam, kelak merana diri." (buku berjudul "Cinta" tulisan Pahrol Mohd Juoi).

P/s. 5 Peringkat cinta yang perlu diketahui,

- Cinta kepada Allah, Cinta kepada kedua Ibubapa, Cinta kepada sang murabbi (guru), Cinta kepada sesama manusi dan yang terakhir adalah Cinta kepada diri sendiri. Cinta mana yang Utama..?

La Tah Zan


Thursday, November 6, 2008

Usrah Tunjang Tarbiyah


Assalamualaikum w.b.t... Salam Ukhuwahfillah.... dan Salam Islam untuk semua...



Bersyukur kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya kita masih dipertemukan dalam apa jua keadaan. Dalam keadaan gembira, dalam keadaan kita sedih, dan tidak lupa juga dalam keadaan kita berada dalam ujian dan dugaan dunia yang penuh mehna dan tribulasi di akhir zaman ini. Selawat dan Salam ke atas nabi junjungan Rasulullah s.a.w.. Keluarga baginda dan para sahabat serta keluarga sahabat Baginda. Tidak lupa juga golongan-golongan yang beriman. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah hendakNya.


Di kesempatan yang ada kita masih diberi peluang untuk menikmati dua nikmat terbesar Allah kurniakan kepada manusia iaitu, nikmat Iman dan nikmat Islam. Namun masih ramai yang masih tidak bersyukur dengan kedua-dua nikmat ini. Buktinya ramai golongan-golongan ilmuan yang semakin meninggalkan zaman kegemilanan Islam mereka. Mujurlah masih ramai yang sedar akan kepentingan mengadakan usrah iaitu "Usrah tunjang Tarbiyah" dan ini menjadi perkongsian utama dalam penulisan ana yang tidak seberapa ini.






Definisi Tajuk "Usrah Tunjang Tarbiyah"




Mari kita mendefinisikan setiap satu tajuk kita kali ini, "Usrah" dalam segi istilah adalah "keluarga". Usrah yang berasal dari perkataan Arab yang membawa makna keluarga yang merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Satu petikan yang ana ambil daripada blog seorang sahabat seperjuangan dalam medan dakwah yang mengimpikan Malaysia menjadi negara Islam bukan atas nama. Tapi mempraktikan Islam secara keseluruhannya. Bersih daripada riba, terhindar daripada masalah sosial, gangguan seksul dan sebagainya. Di samping itu, mengikut pendapat seorang sahabat, usrah adalah satu halakah iaitu satu bulatan kecil yang mengumpulkan beberapa orang dalam satu bulatan kecil untuk membincangkan tentang isu-isu agama, isu semasa dan perkongsian pintar.






Usrah juga merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk mengajak sahabat-sahabat untuk mengenali Allah dengan lebih mendalam bukan sahaja mengetahui tentang zatnya malah seluruh yang berkaitan dengan keesaan dan kekuasaan Allah. Dengan memberi tazkirah iaitu peringatan, tidak kiralah peringatan yang selalu kita dengar, peringatan yang mengajak kita ke jalan yang benar atau kembali ke tempat bermulanya sebagai individu muslim. Di samping itu dalam usrah juga kita boleh mengetahui banyak persoalan-persoalan mengenai agama. Kerana peranan seorang Naqib atau naqibah yang menjadi ketua dalam perbincangan tersebut. Tunjang adalah satu akar yang menunjukkan sesuatu perkara menjadi kukuh atau sebaliknya. Diibaratkan sebuah pokok yang tumbuh tidak akan tumbang sekiranya berakarkankan akar tunjang iaitu teguh. Akar tunjang adalah satu jenis akar yang mempunyai struktur yang kukuh dan sukar untuk ditumbangkan. Begitulah juga dengan Usrah yang disamakan dengan pokok dan ia perlu bertunjangkan kepada tarbiyyah. Ini hanya sebahagian kepentingan usrah.







Manakala, Tarbiyyah mengikut pendefinisian kamus arab bermakna pendidikan. Perlunya pendidikan dalam kehidupan manusia sehari-harian. Sebagai kesimpulan yang ana dapat utarakan disini adalah "Usrah Tunjang Tarbiyah" merupakan satu slogan kata yang digunakan untuk menaikkan semangat mereka yang berusaha untuk menghidupkan usrah dalam kehidupan mereka. Mereka mengetahui akan kepentingan usrah. Sehingga satu tahap jiwa terasa kosong tanpa usrah. Bukan mudah untuk mendidik jiwa yang penuh dengan noda dan dosa. Melainkan kembali kepada Allah dan merasakan Islam itu dalam diri bukan atas nama semata-mata.






Kepentingan Usrah dalam kehidupan




Melalui definisi yang diberikan kita mampu untuk mengenalpasti kepentingan usrah itu sendiri. Jiwa-jiwa yang penuh dengan kekotoran. Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa dalam badan manusia terdapat satu daging yang mana bila baik daging itu maka baiklah seluruhnya dan sebaliknya apabila daging itu rosak maka rosaklah seluruhnya. Dan daging itu merupakan raja segala raja bagi anggota badan manusia, iaitu hati. Hati manusia yang kotor akan menggambarkan keperibadian akhlaknya pada zahirnya. Sebaliknya, mereka yang sentiasa menjaga dan mendidik jiwa mereka untuk menjadi yang lebih baik mampu untuk melawan hawa nafsu dalam badan akan menjadi manusia yang baik juga kesannya.






Usrah dapat mendidik jiwa-jiwa ke arah Islam. Manusia akhir zaman semakin lalai dengan nikmat dunia seperti hiburan. Hiburan dikategorikan sebagai permainan dunia. Begitu juga dengan peranan seorang wanita yang sering menjadi senjata yang paling tajam untuk seorang lelaki. Mereka yang mampu menjaga dan mendidik hati mereka dapat mengelak daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Penerangan dan perkongsian ilmu daripada kakak-kakak atau abang-abang yang berperanan sebagai naqib/naqibah dalam sesebuah usrah dapat membantu adik-adik yang baru berjinak-jinak dengan Islam untuk terus istiqamah dalam membuat perubahan pada diri.


Dalam dunia tiada manusia yang sempurna melainkan para anbiya' di zaman Rasullullah. Kerana role model yang paling terbaik untuk menjadi sumber rujukan adalah Nabi Muhammad s.a.w. Kepribadian dan akhlak Rasulullah yang digambarkan dalam sejarah rasulullah dalam usrah mampu mendidik jiwa-jiwa kita ke arah yang lebih baik. Perubahan dalam diri tidak mampu dilakukan dalam masa sehari dua, kerana mendidik jiwa ke arah Islam sepenuhnya memerlukan usaha yang kuat. Misalnya, menghadiri usrah kerana kita mengetahui bahawa Usrah Tunjang Tarbiyah.






Usrah dapat mencungkil bakat seseorang untuk menjadi pemimpin. Berdasarkan pengalaman ana yang pernah menghadiri usrah, berkongsi sedikit cerita tentang pengalaman selama manjadi pimpinan pelajar di sekolah. Di sekolah dahulu ana merupakan satu ahli dalam kabinet Majlis Perwakilan Pelajar atau Student Repersentative Council. Bermula cerita daripada seorang yang buta ilmu tentang Islam. Usrah adalah tunjang tarbiyah kerana melalui usrah banyak perkara yang boleh dicari, diteliti, ditafsir dan dihayati mengenai sesuatu. Terlibat dengan usrah sejak tahun satu di universiti sehinggalah tahun 3. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan walaupun di antara sahabat-sahabat ana merupakan mereka yang selalu bagi alasan. Dengan alasan yang tidak munasabah itulah ia mampu mendidik diri ana untuk bersikap lebih jujur dan memberikan alasan yang munahsabah pada masa akan datang.


Kerana dalam perbincangan usrah, naqib-naqibah banyak menceritakan contoh-contoh pemimpin yang boleh dijadikan teladan. Penilaian terhadap sesuatu isu yang dibincangkan membawa adik-adik yang menjadi salah satu struktur dalam usrah mampu untuk mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka. Ana sendiri sebelum mengikuti usrah adalah seorang yang tidak berdisiplin, tidak menepati masa dan suka melakukan sesuatu perkara ikut sedap hati sahaja. Tetapi setelah menghadiri usrah beberapa kali, ana dapat mendidik jiwa untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.






Selain itu, Usrah juga menjadi tunjang kepada tarbiyah kerana melalui usrah sahaja kita akan membingangkan isu Islam secara syumul atau menyeluruh. Menyentuh bab syumul, ana penah menghadiri satu usrah yang membincangkan tentang ciri-ciri agama Islam. Terdapat enam ciri yang digariskan dan salah satunya adalah Syumul. Islam merangkumi keseluruhan apa yang ada di dunia. Dari sudut Pendidikannya ada Islam menyentuh bab-bab menuntut ilmu, dalam bidang Ekonomi ada cara-cara menjalankan perniagaan mengikut Islam.



Dalam berSosial pula Islam mengajarkan muamalat di kalangan wanita dan lelaki atau batas pergaulan muslimin dan muslimat. Manakala dari sudut Politik juga Islam tidak terkecuali, buktinya memilih pemimpin di kalangan mereka yang beragama Islam. Maka celakalah mereka yang meletakkan bukan muslim sebagai ketua pemimpin, peringatan Allah kepada mereka yang ingin berpolitik dengan cara Islam. Oleh itu pilihlah pemimpin di kalangan mereka yang mengamalkan Islam sepenuhnya.




Terbukti bahawa Usrah adalah tunjang kepada tarbiyah terutamanya kepada individu, keluarga, masyarakat, dan mereka yang ingin mengamalkan Islam secara keseluruhan dalam hidupnya. Saranan kepada semua, perkasakan usrah bukan sahaja di kalangan kita yang bergelar budak masjid. Malah perluaskan kepada mereka yang berminat untuk memperbaiki diri. Kerana usrah tidak semestinya dijalankan dalam bulatan kecil di dalam masjid. Malah banyak pendekatan yang boleh digunakan untuk menjalankan Usrah. Misalnya, perbincangan dua hala juga dikategorikan sebagai usrah. Secara tidak langsung ukhuwah islamiyah juga akan terjalin. Salam Ukhuwahfillah untuk semua umat Nabi Muhammad s.a.w yang percaya akan kewujudan Allah di sampingnya.








P/s Serbah sedikit perkongsian yang perna ana alami selama berada di kampus. Usrah tunjang kepada Tarbiyah. Mempraktikan usrah dalam kehidupan dapat memandu jiwa-jiwa yang mudah goyah dengan nikmat dunia. Tingkatkan amal perkasakan jihad.

Wednesday, November 5, 2008

Maslahat Ummah

Assalamualaikum.. w.b.t. Salam Ukhuwahfillah dan salam blogger...

Ana bukanlah orang yang layak untuk membincangkan tentang maslahat ummah. Atas kesedaran terhadap apa yang berlaku di sekeliling, ana tampil membawakan satu isu yang hangat dalam isu semasa berkaitan ummat Islam. Rasulullah pernah menyatakan dalam hadis baginda bahawa “Mereka yang tidak memikirkan masalah ummatku BUKAN dari kalangan ummatku”. Ini adalah kata kunci yang menjadi pendorong ana membawakan isu IFC. Adakah kita mengkagi berkenaan isu ini atau kita meneliti apa yang sedang berlaku di sekeliling kita atau hanya berdiam diri sahaja berkurung di bilik menjadi seorang yang pentingkan diri.


Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang,
tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya. (http://dsantai.blogspot.com/2007/05/ifc-15000-umat-islam-murtad.html)

Ini petikan sedikit daripada sebuah blog yang ana sempat baca selepas sahaja pulang daripada exam petang tadi yang bermula semalam. Percaya atau tidak:

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Sempat ana mentelaah lagi blog tersebut dan terbaca satu bahagian menyatakan bahawa seorang menyatakan dan mengaku terdapat 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai “Ayah Pin itu Tuhan” adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang. Lantangnya bersuara.

Dalam pada itu juga, tiba-tiba Majlis Raja-Raja bangkitkan tiga persoalan yang menjadi tanda tanya kepada ramai orang yang mendengarnya. Di antaranya adalah

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Siapa yang harus dipersalahkan..? Adakah daripada institusi masjid itu sendiri... Atau..? Ana tinggalkan antum dengan persoalan-persoalan ini... Jawab dalam hati, n tanya juga dengan Iman.
KES lain..!!!!
KES SITI FATIMAH :BUKTI KEMENANGAN SEKULAR SN Keluaran 16Mei 2008 [SN173] Pada hari khamis lepastelah terpahat dalam lembaran sejarahkehakiman Negara Malaysia, apabilaMahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinangmeluluskan permohonan murtad olehseorang wanita yang bernama SitiFatimah, 39 yang nama asalnya ialah TanEan Huang. Untuk petikan penuh,
wassalam.

Friday, October 24, 2008

Surah Ar Rahman

Bismillah Ar Rahman Ya Rahim, Dengan menyebut nama ALlah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang.

"Ya Allah Ya Tuhan kami. Kurniakanlah kami hidayah Mu, agar beroleh rahmat dari Mu, dan di jauhkan dari segala bala serta siksa api neraka Mu. Dipermudahkan segala urusan ditunjukkan jalan kebenaran".
(Petikan sepotong doa dan rintihan kepada yang Esa)

"Manakah nikmat Allah yang kamu dustakan"
(Ar-Rahman : 13)

Friday, October 17, 2008

Apa khabar Iman..?

Assalamualaikumw.b.w.t… Salam Ukhuwah Fillaah… Selamat Membaca....


Bismillaharahmanarrahim... Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah, biiznillah, kita masih diberi peluang untuk bersua sekali lagi. Apa khabar Iman..? Ustazah ana semasa sekolah menengah berpesan jagalah Iman kamu setiap masa, kerana ia tidak akan bertambah dan tidak berkurang. Apabila antum tambah maka pahala amalan akan bertambah. Sebaliknya apabila kita kekurangan salah satu bermakna kita tidak dapat 5 malahan kosong. Kerana rukun Iman ada 6 iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada Malaikat, beriman kepada rasul, beriman kepada kitab dan beriman kepada Qada’ dan Qadar.a

Rukun Iman ada 6 perkara:

Beriman kepada Allah = Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya. Secara positifnya kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepasa selain Allahs.w.t

Beriman kepada Malaikat = Dengan Iman kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yang bernama Malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut Allah. Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk ghaib yang tidak dinyatakan Allah

Beriman kepada Rasul = Dengan beriman kepada Rasul, kita mempercayai adanya pesuruh-pesuruh Allah di muka bumi ini untuk dijadikan petunjuk dan teladan

Beriman kepada Kitab = Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang di akhiri oleh kitab Al-Quran

Beriman kepada Hari Kiamat = Dengan Iman kita mempercayai di sebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan erkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.

Beriman kepada Qada' dan Qadar = Dengan beriman kepada qada' dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya


Friday, October 10, 2008

"Taat pada pimpinan"

Assalamualaikum w.b.t… Salam Ukhuwahfillah dan Selamat Membaca…

Petang-petang la dalam pukul 2 lebih macam tu… Buka blog kat bilik ni. Terbaca satu blog sahabat cerita tentang pimpinan. Apa yang ada di dalam…? Ana terbaca la satu part, dia tulis kat dalam tu, bahawa kenapa kita perlu taat kepada pimpinan..? Apa rasionalnya…? Takkan nak patuh cakap mereka sahaja…?

Sedikit perkongsian ilmu berkenaan taat kepada pimpinan sesebuah organisasi, persatuan atau jamaah. Sebagai seorang dai’e (pejuang Islam). Setakat ilmu yang ada, ana hendak menceritakan serba sedikit kenapa kita perlu taat pada pimpinan. Ana bersetuju sangat berada dalam barisan sahabat-sahabat pejuang. “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berjuang di jalanNya, dengan barisan yang teratur seperti bangunan tersusun kukuh (Surah As-Saff: 4). Ayat dalam Al-Quran sendiri menggambarkan solat berjemaah mampu mendorong unuk kita taat kepada pimpinan.

Berkata Abdus Salam bin Bajras bin Hashir Ali Abdul Karim: “Antara perintah Allah dalam ayat ini ialah mengenai hal kewajipan kita taat kepada penguasa, dan Allah Subhanahu wa-Ta’ala mensetarakan ketaatan kepada pemimpin dengan ketaatan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Ini semuanya menunjukkan betapa penting posisi pemimpin dan amat agung keadaannya”. (Mu’amalatul Hukkam Fi Dhauil Kitab was-Sunnah. Hlm. 50).

Taatlah pada pimpinan kerana ia adalah seruan daripada ilahi rabbul izzati. Salah satu cara untuk memperteguhkan iman adalah kita patuh dan taat kepada perintah Allah dan Rasul dan kita tinggalkan larangannya. Semua sedia maklum bahawa peringkat iman seseorang insane tidak akan sama. Diibaratkan sebagai roda yang sedang berputar, bila-bila masa ia boleh di atas dan tidak mustahil ia akan berada di bawah. Itulah hakikat keimanan manusia. Taat pada pimpinan juga menjadi benteng kita untuk menjaga iman dalam diri.

Ambil pengajaran daripada post yang dikongsi pada kali ini. Pejuang Islam yang Berjaya tidak akan pernah derhaka kepada pemimpinnya. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: “Dengarlah dan taatilah penguasa diwaktu susah dan senang, diwaktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu serta memukul punggungmu, kecuali apabila memerintahkan untuk berbuat maksiat”. (Hadis Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya. 10/426. Sanadnya hasan)

Para pejuang Islam menegaskan bahawa, berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim selama mana dia tidak mengajak ke arah maksiat selagi itu kita kena patuh dan taat akan perintahnya. Sabda Rasulullah, “Taatlah kepada ketua sungguhpun ia berambut hitam, keriting selama mana ia berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah.”

Tapi, “Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam suatu perkara, maka janganlah disebarkan (dicanang/dihebohkan) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itulah diharapkan, jika tidak maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”. (Majma 5/229. Hadis Riwayat Imam Ahmad. Lihat: As-Sunnah 2/522 dari jalur Muhammad bin Ismail bin Abbas)

Sedikit pesanan kepada pembaca terutamanya diri ana, taatlah kepada pimpinan kerana mereka yang mampu untuk mencanag dan menrencanakan yang terbaik untuk kita. Di kesempatan yang Allah beri kepada meraka yang tidak pernah puas hati dengan pimpinan, cepat-cepat buang sifat-sifat mazmumah dalam diri. Kerana ia pendorong kepada penurunan tahap iman seseorang.

Yang baik itu datang daripada Allah dan buruk datannya dari diri ana yang hina dan lemah, hakikatnya kedua-duanya datang daripada Allah disandarkan pada diri.

Kekayaan, Kejayaan Atau Kasih Sayang??

Yang mana satu pilihan hati ?? Kekayaan, Kejayaan Atau Kasih Sayang??

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Dengan Nama Allah yanag Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Semoga menjadi ikhtibar kita bersama...

Mengulas sedikit artikel yang ditujukan khas mereka yang bercita-cita hendak mendak mengecapi kebahagian di dunia dan di akhirat. Ana ada terbaca sebuah artikal yang berkenaan kekayaan, kejayaan atau kasih sayang. Di mana ia mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang tinggal di kawasan taman perumahan dengan 3 orang lelaki tua.



Kisahnya begini, Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu." "Adakah suami awak ada di rumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar." "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab. "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan : "Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang." Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antar kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah." Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut.

Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!" Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya : "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!" "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami." Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan : Mereka semua menjawab: "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?""Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya..

Di mana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!" Adakah kita meletakkan samaada kekayaan, kejayaan atau kasih sayang dalam diri..? Mungkin sukar diungkap dengan kata-kata, tapi inulah hakikat bahawa dunia zaman sekarang kita lebih mementingkan kekayaan dan kejayaa berbanding kasih sayang. Inikah nilai Islam yang patut ada dalam diri seorang insan dan hamba yang hina di sisi Allah.


Wednesday, October 8, 2008

Islam is My life


Buka mata luaskan telinga....? Renungkan sejauh mana kita menghayati dan menjadikan Islam sebagai cara hidup kita

Tuesday, October 7, 2008

Salam Lebaran

Selamat Hari Raya.... Maaf Zahir n Batin/ 0_0
Ku susun sepuluh jari. Mohon Ampun dari hujung kaki hingga hujung rambut andai ada terkasar bahasa tersilap kata...

Wednesday, September 24, 2008

SOLAT TIANG AGAMA

Ana kena marah dgn umi smlm..

Umi n ayah akan setiap hari kejut ana utk bangun sahur..
Tapi pagi semalam ayah tepon, ana angkat tapa ana x larat sangat nak bangun.. xsahur pun.. letih dengan urusan majlis-majlis di masjid beberapa hari lepas.. ana dah dengar azan dah pun tapi ana x bgun.. at last ana bngun pkul 6.05.. mase 2 belum syuruk tapi terkejut sangat, roomate x kejut ana.. sedangkan setiap hari ana yang akan kejut di orang.. lepas qoda' solat, ana tepon umi, ana teriak, ana takut sangat dengan balasan Allah..

Umi marah-marah lagi, lagi la ana teriak.. umi kata, tau x api neraka tu panas, awak solat tarawikh 20 rakaat pun x gune kalau awak tinggal solat subuh.. umi hari-hari doa supaya anak umi xtinggalkan solat.. jangan harapkan kawan-kawan, bukan salah di orang.. salah awak.. nada umi sedih je.. kesian umi dapat anak macam ni..macam-macam umi pesan..

Ya Allah,
Betapa dosa nya ana.. dah la bulan puasa,.. berganda-ganda rasanye dosa ana ni.. beberapa jam lepas 2 ayah pesan solat je walau pukul berapa ana bangun dan niat qoda' walaupun kita ganti solat 2 tapi kita xtinggalkan solat 2..

Ustzh ana juga selalu pesan supaya kita sentiasa qoda'kan solat-solat kita.. kita xtau berapa banyak yang kita tinggalkan dan berapa banyak solat-solat fardu kita diterima Allah kan.. SOLAT TIANG AGAMA, bukan kita saja nanti dipersoalkan kenapa xsolat, kenapa tinggalkan solat tapi ibu bapa kita juga kena... bayangkanlah mereka nak taggung dosa-doas anak mereka.. sanggupkah kita bebankan mereka lagi di akhirat, sedangkan di dunia kita sudah banyak menyusahkan mreka..

Pesan ana, ramai juga sahabat2 kita yg bila bermusafir, mereka tinggalkan solat.. contohnya maghrib, bila berada dalam bas, solat lah menghormati waktu dan bila sampai di destinasinya, qoda'kanlah..

Islam ini kan mudah..banyak rukhsoh yang Allah beri.. kita boleh solat jama' kan..kita qosorkan sekali pun boleh..wahai kawan-kawan yang ana kasihi, solat membentuk peribadi kita, solat mendekatkan kita dengan Allah.. jagalah solat antum baik2.. jaga aurat ketika solat juga agar solat kita betul-betul diterima amlan nya oleh Allah.

Kehadiran Lailatu Qadar


Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Menurut mereka, sekiranya permulaan puasa jatuh pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatulqadar ialah pada hari yang ke-29. Jika bermula puasa pada hari Jumaat atau Selasa, ia jatuh pada hari ke-27 dan jika permulaan puasa pada Khamis, Lailatulqadar berlaku pada 25 Ramadan. Sekiranya awal puasa pada Sabtu maka Lailatulqadar jatuh pada hari ke-23 dan jika awal puasa pada Isnin, seperti tahun ini, maka Lailatulqadar jatuh pada malam yang ke-21. Demikianlah kaedah yang diguna pakai oleh sebahagian ulama termasuk Imam Abul Hasan r.a. Tegas beliau: Aku tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar tersebut dengan menggunakan kaedah ini''.

Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi. Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

www.iLuvislam.com


Tuesday, September 23, 2008

Siapakah dia dan siapakah aku ….?

Siapakah dia dan siapakah aku….?

Tenang hati melihat wajahnya yang bersinar dan bercahaya sehingga mencuri hati ku. Mungkin juga peribadi elokmu di mataku mempesonakan ku. Muazzin, bilal dan imam - kebolehanmu dan keagamaan dalam dirimu memberi peluang diri kerdil ini menyimpan sedikit perasaan. Siapalah aku nak dibandingkan dengan kamu..

Aku?? Aku dahulu lebih dikenali dengan mulut laser.... Tetapi aku tak bangga dengan gelaran itu. Dan aku meneruskan misi mencari peribadi hakiki diri ini. Kerana aku tahu, aku punya potensi untuk berubah selaras dengan niat dan minat ku. Lama sungguh proses mencari "Siapa Aku?" sehinggalah Allah mentakdirkan pertemuan antara kau dan aku.

Seperti kisah penjual minyak wangi dan tukang besi, begitulah perubahan yang aku rasakan. Kau sebagai penjual minyak wangi dan haruman yang tercalit padaku, aku rasakan terus berkekalan. Mengenali kamu membuat aku ingin berubah. Katanya, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Sejak itu, aku cuba menjadi wanita yang baik untuk berjalan seiring dengan lelaki yang baik. Tetapi, perubahanku adalah Lillahi Ta'ala didorong oleh perasaan kagum terhadap peribadi kamu. Kalau kamu boleh punya peribadi hebat, masakan tidak aku??

Terima kasih memberi peluang aku mengenali kamu. Terima kasih juga kerana pertemuan antara kita memberi aku kekuatan luar biasa untuk berubah. Biarlah perasaan aku menjadi rahsia antara diriku dengan al-Khaliq. Sekiranya ditakdirkan ada jodoh kita bersama, Alhamdulillah. Sekiranya tidak, maka aku redha. Kerana aku percaya, Allah sentiasa memberikan yang terbaik kepada makhluknya.

**telah diciplak atas kebenaran penulis asal (",) ...Lelaki merupakan pemimpin keluarga terulung..Wanita berperanan terus mendukung! Selamat menghayati

Bacalah sahabat2 ku...surat dari iblis!!!!

Message:

Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat kau tidak memuji Allah,tidak berselawat,tidak membaca ayat Kursi dan Kulhu(ikhlas). Ini bagus sekali kerana waktu tidur adalah waktu untuk tidur bukan untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya engkau tidak membuang masa. Pagi ni aku lihat kau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali..! Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman.

Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyeyak dan nyaman.Jangan hiraukan suara ayam yang berkokok atau penggera jam yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat engkau jarang-jarang mangambil wudu'.Ini bagus sekali kerana angkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu. Aku lihat engkau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu hendak makan. Ini bagus, kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah engkau sendawa kuat-kuat seperti lembu.

Hai manusia yang kucintai, semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen pun ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tidak membazirkan rezekimu yang melimpah-limpah yang diberikan Allah kepadamu. Engkau seorang yang berjimat cermat. Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday dan membeli kemewahan dunia.

Aku lihat bila engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapakan 'Hi everybody!'. Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa Inggeris. Tidak perlu engkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa. Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati.Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku.

Duhai manusia, Apabila engkau berpuasa, telah lemah seluruh urat sendiku, telah terbakar seluruh jasadku, merintihku kesakitan, bila setiap kali ku lihat hamba-hambaNya yang penat berpuasa di siang hari dan menghabiskan waktu malamnya dengan berzikir dan merintih mengenang dosa-dosanya yang lepas kerana pintu taubat telah dibuka Allah dengan seluas-luasnya. Namun,aku tetap gembira kerana ada diantara kamu yang masih sudi menjadi temanku...melepaskan peluang rahmat Allah dengan mengucap perkataan yang sia-sia,mengumpat, tidak solat malah mencipta persengketaan...aduhai tubuh badanku yang terbelenggu telah segar kembali.

Cukuplah NAFSU manusia sendiri menjadi penyambung tugasku di sepanjang bulan yang dirahmati ini. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...kita berpegang tangan menuju NERAKA JAHANAM.......

sahabatmu yang tercinta,

IBLIS LAKNATULLAH

Sunday, September 21, 2008

Pesanan Buat sahabat

Sayidina Umar berpesan:

– Siapa yang menjaga percakapannya dianugerahkan kepadanya hikmah.
– Siapa yang menjaga penglihatannya dianugerahkan kepadanya hati yang khusyuk.
– Siapa yang menjaga makanannya dianugerahkan kepadanya kelazatan dalam beribadah.
– Siapa yang bersabar di atas ujian, Allah sempurnakan sabarnya lalu memasukkannya ke dalam Syurga mana yang dia suka.
– Siapa yang menjaga daripada ketawa dianugerahkan kepadanya kehebatan.
– Siapa yang menjaga daripada bergurau dianugerahkan kepadanya keelokan atau kemuliaan.
– Siapa yang meninggalkan cinta dunia dianugerahkan kepadanya dapat melihat kesalahan sendiri.
– Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari kesalahan pada perbuatan Allah, dianugerahkan kepadanya pelepasan daripada nifak.

Thursday, September 18, 2008

Dhuha

Dalil Solat Dhuha

"Murahkan rezeki, menolak kepapaan"

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara pelaksanaan

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat.
Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"
( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Kewajiban berdakwah






Perintah Dakwah dalam Al-Quran


1) Al Fussilat 33

2) Azzariyat 55

3) Toha 132

4)luqman 17

5)Ali Imran 104

6)Ali Imran 10

7)Annisa' 114
Rasulullah Bersabda:
"Sampaikanlah walau hanya dengan satu ayat."

Wednesday, September 17, 2008

Terdapat 10 surat dalam Al Quran yang akan mencegah 10 perkara�

Rasulullah SAW bersabda :

Terdapat 10 surat dalam Al Quran yang akan mencegah 10 perkara�


1. Surat Al Fatihah : untuk mencegah murkanya Allah

2. Surat Yaasin
: untuk mencegah kehausan pada hari
Kiamat

3. Surat Ad-Dukhaan : untuk mencegah ketakutan pada
hari Kiamat

4. Surat Waqiah : untuk mencegah kefakiran

5. Surat Al Mulk
: untuk mencegah siksa kubur

6. Surat Al Kautsar : untuk mencegah permusuhan

7. Surat Kaafirun : untuk mencegah kekufuran ketika
sakaratul maut

8. Surat Al Ikhlas : untuk mencegah kemunafikan

9. Surat Al Falaq : untuk mencegah bahaya Hasad

10.Surat An Naas : untuk mencegah rasa was was dari
gangguan syetan

Tuesday, September 16, 2008

Kenapa ini boleh berlaku...?

Aku pernah menangis...!!!

Tidak...!!!


Kenapa ini boleh berlaku...?

Adakah aku yang bersalah dalam hal ini....

Mungkin disebabkan dosa-dosa yang lalu.

Dan kini Allah ingin menghukum aku untuk terus berasa berasa bersalah dalam diri.


Kenapa ini boleh berlaku...?

Adakah aku leka dengan pencapaian yang aku telah miliki kini

Dan bakal aku lepaskan tidak lama lagi...

Di mana kan ku cari ganti...


Kenapa ini boleh berlaku...?

Aku pernah menangis kerana merasa hina di hadapan Allah.

Ku merasa diri tidak berguna lagi.

Apa yang patut aku lakukan...?



Rupa-rupanya, ku tertinggal sesuatu....

Apakah dia...?


DOT..DOT..DOT.
....................................................................?

16 September 2008

Heboh satu dunia blog menceritakan tentang 16 September 2008. Blog Siasah, Blog Akhi Along, Blog GAMIS, dan banyak lagi blog yang bersama-sama menantikan tarikh keramat bagi negara Malaysia ini. Kali ini, ana hendak mengulas sedikit tentang peristiwa 16 September. Dua bulan lepas isu ini memang akan dijangkakan menjadi isu yang hangat di kalangan penulis blog.


Menurut seorang aktivis pejuang Islam, Peristiwa 16 September adalah satu tarikh di mana perubahan pemerintahan kerajaan Malaysia daripada BN kepada Parti Pembangkang. Ini bukanlah bermakna ana memihak kepada mana-mana pihak. Tapi sebagai rakyat Malaysia yang menginginkan pentadbiran negara yang bersih daripada ancaman, selamat dan suci daripada campur tangan pihak yang tidak sepatutnya.


Namun, 16 September 2008 hari ini yang dinanti-nantikan menghampakan sahabat seperjuangan apabila perubahan yang dijangkakan akan berlaku tidak menampakkan kesan sehingga ke saat ini. Janji Melayu.... Betulkah ini hanya kata-kata manis daripada Datuk Seri Anuwar Ibrahim (DSAI). Oh tidak, manis mulut berbicara. Setelah membaca akhbar hari ini, DSAI telah berusaha untuk merancang tentang perubahan yang berlaku pada 16 September 2008. Kita cuma hendak memberi peringatan "Jangan berjanji kalau tidak boleh ditepati".




Kemanisan Ukhuwah


Ukhuwah yang terbina persis sekuntum bunga meski pun kini kita terpisah demi kasihnya.


Sunday, September 14, 2008

Malu Perhiasan Diri



Berkongsi sedikit certia petikan daripada buku "Malu Perhiasan Diri". Hasil karangan: ABD RAHMAN ABD MAJEED

Sinopsis

Malu yang lahir daripada keikhlasan Iman akan menyinari hati dan akhlak serta menghalangi manusia daripada melakukan perbuatan keji. Sifat malu adalah benteng agi hambaNya yang mengabdikan diri dan permata bagi mukmin yang berani serta pelindung bagi mereka yang mewarisi perjuangan para Auliah.

Sesungguhnya keutamaan dan nilai diri tidak hanya terletak pada kecantikan, malah faktor malu juga merupakan perhiasan yang indah. Mereka yang membaluti diri dengannya tidak akan terhina, bahkan mulia di sisi Pemilik alam semesta. Sesiapa yang mendahulukan rasa malu pada Khalidnya, tidak akan tersesat haluan. Muslim yang menjadikan malu sebagai pedoman, akan dijadikan teladan dan ikutan

Benarkah....

"MALU ITU PERHIASAN DIRI"

Nak tahu cerita di sebalik tabir....? Bolehlah cari buku yang berjudul "Malu Perhiasan Diri". Menuju ke mardatillah Allah untuk S dan N berada di jalan yang berliku. Bagaimana kita supaya dapat memandu dengan tenang, hiasailah ia dengan akhlak yang telah di gariskan dalam Islam sendiri.



Saturday, September 13, 2008

Terkesima dan tergamam

Ramadhan... Oh Ramadhan....

Kini kita telah berpuasa selama 13 hari, dari mula berpuasa sehinggalah kita melalui 10 malam pertama di bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Meningkatkah iman kita... Tanya sama diri.

Terkesima dan tergamam apabila terbaca dalam akhbar KOSMO..On9 dalam bahagian Rencana Utama. Seorang lelaki telah dinyatakan namanya dalam rencana tersebut. Berkongsi pengalaman semasa umurnya 10 Tahun, paginya puasa tiba solat zohor pergi munim air. Tidakkah itu adalah satu perkara yang sia-sia. Itu tidak apa kita tidak tahu lagi sepenuhnya erti puasa yang sebenar.

Bagaimana pula dengan kita yang dah meningkat umur dan sudah boleh menjadi ibu orang bagi perempuan. Tiba-tiba minum di kedai kopi pukul 1o.oo am. Inikah realiti zaman sekarang.... Jawab soalan ini dalam hati.

Tertarik dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh sahabiyah ketika usrahnya di bilik semalam. Dimanakah graf iman kita sekarang..? Adakan semakin meningkat atau sebaliknya...? Renung-renungkan erti ramadhan yang sebenar. Mudah-mudahan amal ibadat yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadahan ini diterima di sisi Allah s.w.t. Ameeennn.

Friday, September 12, 2008

Erti Hidup



Lihatlah bumi berputar mengikut paksinya. Boleh dianologikan sebagai kita hidup dalam dunia ini dengan satu matlamat yang jelas. Benarkah kita menganologikan putaran bumi atas paksinya sebagai hidup kita perlu dipaksikan dengan matlamat yang jelas.







Beginilah keadaan kita selepas dilahirkan dari perut ibu, setelah 9 bulan dalam kandungan. Betapa sayangnya Ibu terhadap kita dari buaian sehinggalah kini. Adakah kita merasakan bahawa tanggungjawab sebagai ibu dalam membimbing menjadi manusia yang bermanfaat..? Di mana usaha kita...? Erti hidup yang bermakna buat diri ini yang hina dan lemah.


"Kini ku mengerti
Erti hidup yang Diberi
Dunia jadi saksi
Liku-liku
Kan ku harungi
oh......"

Liric lagu Dayang Nurfaezah "Erti Hidup"





Thursday, September 11, 2008

Kebaikan kita diabaikan...

"Sana muka dia, sini muka kamu, di situ mukanya pula.... Bosan...Bosan...Bosan la duduk kat kampus ni. Mana tidaknya hari-hari pergi kuliah muka tu ja yang terpampang di hadapan. Di U ni juga selalu sahaja orang perhatikan gerak geri kita. Nak duduk susah, nak berjalan susah, nak berdiam diri lagi susah..." Merungut habis nampak.


"Ada apa yang boleh ana bantu...?" Kata Akma.


"Tiadalah, Okey je ni...!" Bay cuba berselindung di sebalik masalah yang dihadapinya. Namun sahabatnya yang selalu bersama seperti belangkas. Cuba untuk mengorek rahsia yang dia sembunyikan.


"Mungkin sebab puasa kot. Tu yang rasa tidak semangat nak hidup..." Jelas Bay. Akma terus berusaha untuk bertanya soalan dengan sahabatnya. Malangnya hampa... Bay tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberitahu kepada akma apa yang dia rasakan selepas dia mengetahui niat Akma untuk dekat dengannya.


Begitulah suasana yang terpaksa dihadapi oleh Bay yang sering menjadi perhatian sahabat sekeliling. Mereka merupakan pelajar tahun akhir yang menuntut di UPM. Mengambil kos Perakaunan. Manakala Akma adalah sahabat yang selalui memerhatikan gerak geri Bay yang menyebabkan dia tidak selesa dengan keadaan itu.


Satu pagi mereka pergi kuliah, Akma semakin berkobar-kobar untuk mengorek rahsia yang lama terpendam di dalam hati Bay. Atas sifat prihatin sahabatnya itu, tetiba timbul conflik antara mereka berdua. Walhal heboh satu kampus, mereka adalah sahabat baik dari tahun satu lagi. Langit tidak selalunya cerah. Itulah petikan lirik lagu hijjaz yang menyedarkan kita bahawa tidak semestinya langit selalunya cerah sepenjang hari. Kita perlu tahu juga bahawa siapa sangka hujan di tengah hari. Ukhuwah pun boleh diretorikkan sebagai langit dengan cerah tadi.


Ukhuwah yang disemat dalam hati beberapa tahun semakin pudar. Bay selalu sahaja menjauhkan diri daripada Akma dan rasa meluat menengok muka Akma. Terdetik di hati Akma, "Kenapa Bay benci dengan ana..?" Sangkanan Akma memang benar apabila perasaan yang dialami oleh Bay telah diceritakan oleh teman sekuliah, San. "Patutkan aku disisihkan hanya dengan mengambil berat tentang Bay...?" Inilah persoalan yang tidak pernah hilang selepas peristiwa Bay semakin menjauhkan diri daripada Akma.


Hari semakin hati berlalu, kini Akma dan Bay sudah hampir ke penghujung pengajian. Bulan 9 tahun ni nak convo. Namun apa menyedihkan hati Akma, hubungan antara mereka tidak dapat dijernihkan lagi. Sedihnya....!!! Mungkin inilah hakikat orang yang suka jaga hal orang. Kalau betul niat kita untuk membantu tidak akan berlaku konflik. Terdetik dalam hati Akma untuk menyaingi Bay kerana dia adalah budak yang cantik dalam kelas. Cemburu buta la ceritanya.


Perlu diperhatikan bahawa kita bersaing untuk kebaikan tidak apa... Tapi kalau bersaing untuk menjatuhkan seseorang baik batalkan niat untuk menjatuhkan dia. Kerana amal dimulakan dengan Niat. Jika niat untuk kebaikan kita akan dapat saham yang baik, dan sebaliknya.

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one