Umat Islam pasti boleh

Tuesday, August 26, 2008

Syaaban & Ramadan

Salam ukhuwahfillah buat tatapan semua sahabat...


Kini kita berada pada 25 Syaaban 1429 Hijjrah. 27hb Ogos 2008. Tinggal beberapa hari lagi Ramadan menjelang. Namun, penantian satu penyiksaan.


Inilah realiti seorang muslim yang sentiasa dahagakan ibadah daripada Allah. Saban tahun kita menyambut Ramadan tapi adakah kita menghayati erti Ramadan sebenar. Di kesempatan ini, ana ingin berkongsi pengalaman dengan antum semua. Kisah seorang Ibu dengan seorang anak yang sedang menanti waktu untuk berbuka puasa. "Ibu-ibu... saya lapar dan tidak berdaya!!!" Inilah rintihan seorang anak kepada ibunya setelah beberapa hari tidak menjamah makanan. "Apa ibu boleh lakukan anak ku... kita tiada apa-apa hendak dimakan..." Jawab ibunya. Namun, kasih sayang Allah kepada ummatnya, suatu hari ketika siibu sedang mencari makanan Allah telah memberikan rezeki kepadanya selepas bertemu dengan seorang penggembala kambing yang berada di mesir pada ketika itu. Syukur nikmat Allah. Bagaimanalah kiranya kita berada di tempat ibu tersebut. Ana pasti ramai yang merungut kerana tidak tahan dengan dugaan yang menimpa. Tapi janji Allah itu pasti dan Dia tidak akan membiarkan hidup ummatnya berada dalam kemiskinan kecuali mereka berusaha.


Gambaran jelas bahawa kita diwajibkan untuk berpuasa terutamanya bagi orang Islam. Kerana banyak fadhilat-fadhilat yang kita perolehi selepas berpuasa. Selain daripada menyihatkan tubuh badan ia juga menjaga kandungan toksik badan di samping meningkatkan pahala ibadat kita di sisi Allah.


Berpuasa boleh ditakrifkan sebagai manahan diri daripada makan dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Banyak perkara-perkara yang perlu diteliti sebelum melakukan sesuatu. Misalnya, adalah batal puasa apabila memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja dan kita diwajibkan untuk membaca Al-Quran selepas menunaikan solat fardhu.


Jika diteliti dunia zaman sekarang, semakin ramai bilangan ummat Islam yang menunaikan Ramadan dihiasi dengan warna-warni juadah ketika berbuka puasa. Inilah kelebihan mereka yang berpuasa selain daripada dapat melakukan aktiviti sehari-harian dalam keadaan tenang. Hari-hari selain kita berpuasa kita sibuk memikirkan makanan apa yang akan di makan hari ini, walhal kita banyak kerja yang perlu disiapkan. Lebih-lebih mereka yang bekerjaya.


Gunakan lah sepenuhnya masa yang Allah kurniakan kepada kita. Berpuasa di bulan ramadan diharap dapat menyedarkan kita bahawa lebih ramai lagi yang tidak mempunyai sumbar makanan sedangkan kita di malaysia mampu menikmati juadah yang enak. Ingatlah saudara kita di Palastien, kerana mereka di sana hanya makan seketul nasi sehari berbanding kita makan hidangan 2 talam.


Harap apa yang dikongsikan boleh ambk pengajaran dan iktibar buat bekalan menghadapi hari kemudian.

No comments:

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one