Umat Islam pasti boleh

Wednesday, April 7, 2010

MUKTAMAR

Tawau, 7 April 2010 – Seramai 70 orang muslimat di kalangan ahli Dewan Muslimat Pas Kawasan Tawau (DMPKT) telah menghadiri Mesyuarat Agung DMPKT sesi 2009/2011 kali ke 17 yang telah diadakan di Dewan Samsari Consultancy, Tawau, 4 April.

“Muslimat Memacu Perjuangan” adalah tema mesyuarat DMPKT sebagai kata perangsang untuk membantu muslimat terus menjadi pendokong perjuangan Pas di Tawau.

Ketua Dewan Muslimat Pas Sabah (DMPS), Setiausaha DMPS, Pimpinan DMPKT, Perwakilan DMPKT, DMPKT di setiap cawangan, Persatuan Nisa , dan Guru Pasti Daerah Tawau berserta rombongan turut hadir dalam majlis tersebut.

Seawal jam 8.30 pm, mesyuarat bermula dengan ucap tama Pengerusi DMPKT, Puan Mandin Binti Lamade menegaskan 7 Fokus perlu ada dalam setiap ahli DMPKT dibawa pimpinan sesi 2009/2011.

Diikuti dengan ucapan perasmian oleh Puan Zaiton Ahmad, Ketua Dewan Muslimat Pas Sabah.

Menurut beliau dalam ucapan perasmian, 17 tahun penubuhan DMPKT berada di zon yang matang jika disamakan dengan seorang pelajar di sekolah. Dengan ini, DMPKT diharap menjadi semakin matang dalam menghadapi mehna dan tribulasi sepanjang jalan dakwa.

“Kita perlu matang dalam menjalankan gerak kerja dakwah dalam menyampaikan kepada masyarakat tentang peranan DMPKT khususnya kepada ahli.” Katanya.

Matang adalah kunci DMPKT terus bergiat aktif dalam menyampaikan dakwah hari ini. Muslimat menuju kea rah pembantukan mukminat, iaitu menjadi wanita solehah sekaligus wanita yang beriman.

Justeru kepada semua muslimat yang berada bertebaran di seluruh Malaysia agar mencontohi “Master Mind” kepada DMPKT sebagai organisasi terawal yang menubuhkan PAS di Sabah. Lebih dikenali dengan panggilan Kak Long iaitu organisasi yang ramai penggerak bersemangat wajah.

Kepada semua ahli pas di Tawau agar memberi sokongan kepada gerak kerja DMPKT, khususnya kepada kaum muslimat yang diakui mempunyai banyak tanggungjawab. Muslimat sebagai ibu, anak, dan teman di samping tanggungjawab sebagai kakitangan di sector pekerjaan..

Puan Sari Wahyuni Bin berucap dalam ucapan penangguhan Mesyuarat. “Mesyuarat kali ini secara keseluruhannya mencapai objektif. Kehadiran Pimpinan DMPKT, Perwakilan dan Pemerhati menjadi aspek penting dalam mengadakan Mesyuarat DMPKT kali ini.

Pada hari yang sama, Muktamar Dewan Pemuda Kawasan Tawau diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung DMPKT di Pasti Kuhara, Tawau.

No comments:

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one