Umat Islam pasti boleh

Friday, August 28, 2009

Perkongsian pintar

Tawau, 29 Ogos 2009. "Kebajikan rakyat adalah Tanggungjawab bersama". Sehubungan dengan itu, seawal jam 8 pagi sebuah program yang berbentuk kebajikan telah diadakan di Kampung Angkat Pasir Putih, Tawau. Program SEJENAK BERSAMA DMPKT merupakan salah satu program yang menggambarkan bahawa Muslimat PAS Kawasan begitu prihatin terhadap nasib rakyat khususnya di kawasan Tawau. Program ini bertemakan "Kebajikan Untuk Semua". Seramai lebih kurang 70 orang penerima sumbangan merangkumi anak yatim, ibu tunggal dan orang miskin dijemput hadir ke program tersebut.

Menurut laporan yang diberikan, program sejenak itu tadi mendapat sambutan amat menberansangkan dan secara keseluruhan mencapai sasaran untuk memasyarakatkan PAS kerana pengisian yang menarik disajikan khas untuk peserta.

Di antara pengisian yang dimuatkan dalam program tersebut adalah Ucapan Pesurujaya Pas Sabah, ucapan daripada YDP Pas Kawasan dan ucapan Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Tawau. Selain itu, taklimat ringkas mengenai H1N1 untuk memberi penerangan kepada masyarakat Tawau bahawa bahayanya penyakit dan langkah pencegahan yang perlu dilakukan bagi mengelak penularan berlaku. Pengisian berakhir dengan pemberian sumbangan kepada peserta yang terlibat.

Kita diajar untuk menyelami konsep bersyukur kerana masyarakat di kawasan Timur Sabah semakin mendapat perhatian daripada Pimpinan PAS Tawau yang sejajar dengan Program Prihatin Rakyat anjuran Pemuda Pas Sabah yang dijalankan sepanjang bulan Ramadhan.

Diharapkan program sebegini akan dilanjutkan pada tahun-tahun akan datang agar kita mampu mencapai kemiskinan sifar.

post by: huzailah binti abd lasani

No comments:

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one