Umat Islam pasti boleh

Thursday, November 6, 2008

Usrah Tunjang Tarbiyah


Assalamualaikum w.b.t... Salam Ukhuwahfillah.... dan Salam Islam untuk semua...



Bersyukur kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya kita masih dipertemukan dalam apa jua keadaan. Dalam keadaan gembira, dalam keadaan kita sedih, dan tidak lupa juga dalam keadaan kita berada dalam ujian dan dugaan dunia yang penuh mehna dan tribulasi di akhir zaman ini. Selawat dan Salam ke atas nabi junjungan Rasulullah s.a.w.. Keluarga baginda dan para sahabat serta keluarga sahabat Baginda. Tidak lupa juga golongan-golongan yang beriman. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah hendakNya.


Di kesempatan yang ada kita masih diberi peluang untuk menikmati dua nikmat terbesar Allah kurniakan kepada manusia iaitu, nikmat Iman dan nikmat Islam. Namun masih ramai yang masih tidak bersyukur dengan kedua-dua nikmat ini. Buktinya ramai golongan-golongan ilmuan yang semakin meninggalkan zaman kegemilanan Islam mereka. Mujurlah masih ramai yang sedar akan kepentingan mengadakan usrah iaitu "Usrah tunjang Tarbiyah" dan ini menjadi perkongsian utama dalam penulisan ana yang tidak seberapa ini.






Definisi Tajuk "Usrah Tunjang Tarbiyah"




Mari kita mendefinisikan setiap satu tajuk kita kali ini, "Usrah" dalam segi istilah adalah "keluarga". Usrah yang berasal dari perkataan Arab yang membawa makna keluarga yang merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Satu petikan yang ana ambil daripada blog seorang sahabat seperjuangan dalam medan dakwah yang mengimpikan Malaysia menjadi negara Islam bukan atas nama. Tapi mempraktikan Islam secara keseluruhannya. Bersih daripada riba, terhindar daripada masalah sosial, gangguan seksul dan sebagainya. Di samping itu, mengikut pendapat seorang sahabat, usrah adalah satu halakah iaitu satu bulatan kecil yang mengumpulkan beberapa orang dalam satu bulatan kecil untuk membincangkan tentang isu-isu agama, isu semasa dan perkongsian pintar.






Usrah juga merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk mengajak sahabat-sahabat untuk mengenali Allah dengan lebih mendalam bukan sahaja mengetahui tentang zatnya malah seluruh yang berkaitan dengan keesaan dan kekuasaan Allah. Dengan memberi tazkirah iaitu peringatan, tidak kiralah peringatan yang selalu kita dengar, peringatan yang mengajak kita ke jalan yang benar atau kembali ke tempat bermulanya sebagai individu muslim. Di samping itu dalam usrah juga kita boleh mengetahui banyak persoalan-persoalan mengenai agama. Kerana peranan seorang Naqib atau naqibah yang menjadi ketua dalam perbincangan tersebut. Tunjang adalah satu akar yang menunjukkan sesuatu perkara menjadi kukuh atau sebaliknya. Diibaratkan sebuah pokok yang tumbuh tidak akan tumbang sekiranya berakarkankan akar tunjang iaitu teguh. Akar tunjang adalah satu jenis akar yang mempunyai struktur yang kukuh dan sukar untuk ditumbangkan. Begitulah juga dengan Usrah yang disamakan dengan pokok dan ia perlu bertunjangkan kepada tarbiyyah. Ini hanya sebahagian kepentingan usrah.







Manakala, Tarbiyyah mengikut pendefinisian kamus arab bermakna pendidikan. Perlunya pendidikan dalam kehidupan manusia sehari-harian. Sebagai kesimpulan yang ana dapat utarakan disini adalah "Usrah Tunjang Tarbiyah" merupakan satu slogan kata yang digunakan untuk menaikkan semangat mereka yang berusaha untuk menghidupkan usrah dalam kehidupan mereka. Mereka mengetahui akan kepentingan usrah. Sehingga satu tahap jiwa terasa kosong tanpa usrah. Bukan mudah untuk mendidik jiwa yang penuh dengan noda dan dosa. Melainkan kembali kepada Allah dan merasakan Islam itu dalam diri bukan atas nama semata-mata.






Kepentingan Usrah dalam kehidupan




Melalui definisi yang diberikan kita mampu untuk mengenalpasti kepentingan usrah itu sendiri. Jiwa-jiwa yang penuh dengan kekotoran. Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa dalam badan manusia terdapat satu daging yang mana bila baik daging itu maka baiklah seluruhnya dan sebaliknya apabila daging itu rosak maka rosaklah seluruhnya. Dan daging itu merupakan raja segala raja bagi anggota badan manusia, iaitu hati. Hati manusia yang kotor akan menggambarkan keperibadian akhlaknya pada zahirnya. Sebaliknya, mereka yang sentiasa menjaga dan mendidik jiwa mereka untuk menjadi yang lebih baik mampu untuk melawan hawa nafsu dalam badan akan menjadi manusia yang baik juga kesannya.






Usrah dapat mendidik jiwa-jiwa ke arah Islam. Manusia akhir zaman semakin lalai dengan nikmat dunia seperti hiburan. Hiburan dikategorikan sebagai permainan dunia. Begitu juga dengan peranan seorang wanita yang sering menjadi senjata yang paling tajam untuk seorang lelaki. Mereka yang mampu menjaga dan mendidik hati mereka dapat mengelak daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Penerangan dan perkongsian ilmu daripada kakak-kakak atau abang-abang yang berperanan sebagai naqib/naqibah dalam sesebuah usrah dapat membantu adik-adik yang baru berjinak-jinak dengan Islam untuk terus istiqamah dalam membuat perubahan pada diri.


Dalam dunia tiada manusia yang sempurna melainkan para anbiya' di zaman Rasullullah. Kerana role model yang paling terbaik untuk menjadi sumber rujukan adalah Nabi Muhammad s.a.w. Kepribadian dan akhlak Rasulullah yang digambarkan dalam sejarah rasulullah dalam usrah mampu mendidik jiwa-jiwa kita ke arah yang lebih baik. Perubahan dalam diri tidak mampu dilakukan dalam masa sehari dua, kerana mendidik jiwa ke arah Islam sepenuhnya memerlukan usaha yang kuat. Misalnya, menghadiri usrah kerana kita mengetahui bahawa Usrah Tunjang Tarbiyah.






Usrah dapat mencungkil bakat seseorang untuk menjadi pemimpin. Berdasarkan pengalaman ana yang pernah menghadiri usrah, berkongsi sedikit cerita tentang pengalaman selama manjadi pimpinan pelajar di sekolah. Di sekolah dahulu ana merupakan satu ahli dalam kabinet Majlis Perwakilan Pelajar atau Student Repersentative Council. Bermula cerita daripada seorang yang buta ilmu tentang Islam. Usrah adalah tunjang tarbiyah kerana melalui usrah banyak perkara yang boleh dicari, diteliti, ditafsir dan dihayati mengenai sesuatu. Terlibat dengan usrah sejak tahun satu di universiti sehinggalah tahun 3. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan walaupun di antara sahabat-sahabat ana merupakan mereka yang selalu bagi alasan. Dengan alasan yang tidak munasabah itulah ia mampu mendidik diri ana untuk bersikap lebih jujur dan memberikan alasan yang munahsabah pada masa akan datang.


Kerana dalam perbincangan usrah, naqib-naqibah banyak menceritakan contoh-contoh pemimpin yang boleh dijadikan teladan. Penilaian terhadap sesuatu isu yang dibincangkan membawa adik-adik yang menjadi salah satu struktur dalam usrah mampu untuk mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka. Ana sendiri sebelum mengikuti usrah adalah seorang yang tidak berdisiplin, tidak menepati masa dan suka melakukan sesuatu perkara ikut sedap hati sahaja. Tetapi setelah menghadiri usrah beberapa kali, ana dapat mendidik jiwa untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.






Selain itu, Usrah juga menjadi tunjang kepada tarbiyah kerana melalui usrah sahaja kita akan membingangkan isu Islam secara syumul atau menyeluruh. Menyentuh bab syumul, ana penah menghadiri satu usrah yang membincangkan tentang ciri-ciri agama Islam. Terdapat enam ciri yang digariskan dan salah satunya adalah Syumul. Islam merangkumi keseluruhan apa yang ada di dunia. Dari sudut Pendidikannya ada Islam menyentuh bab-bab menuntut ilmu, dalam bidang Ekonomi ada cara-cara menjalankan perniagaan mengikut Islam.



Dalam berSosial pula Islam mengajarkan muamalat di kalangan wanita dan lelaki atau batas pergaulan muslimin dan muslimat. Manakala dari sudut Politik juga Islam tidak terkecuali, buktinya memilih pemimpin di kalangan mereka yang beragama Islam. Maka celakalah mereka yang meletakkan bukan muslim sebagai ketua pemimpin, peringatan Allah kepada mereka yang ingin berpolitik dengan cara Islam. Oleh itu pilihlah pemimpin di kalangan mereka yang mengamalkan Islam sepenuhnya.




Terbukti bahawa Usrah adalah tunjang kepada tarbiyah terutamanya kepada individu, keluarga, masyarakat, dan mereka yang ingin mengamalkan Islam secara keseluruhan dalam hidupnya. Saranan kepada semua, perkasakan usrah bukan sahaja di kalangan kita yang bergelar budak masjid. Malah perluaskan kepada mereka yang berminat untuk memperbaiki diri. Kerana usrah tidak semestinya dijalankan dalam bulatan kecil di dalam masjid. Malah banyak pendekatan yang boleh digunakan untuk menjalankan Usrah. Misalnya, perbincangan dua hala juga dikategorikan sebagai usrah. Secara tidak langsung ukhuwah islamiyah juga akan terjalin. Salam Ukhuwahfillah untuk semua umat Nabi Muhammad s.a.w yang percaya akan kewujudan Allah di sampingnya.








P/s Serbah sedikit perkongsian yang perna ana alami selama berada di kampus. Usrah tunjang kepada Tarbiyah. Mempraktikan usrah dalam kehidupan dapat memandu jiwa-jiwa yang mudah goyah dengan nikmat dunia. Tingkatkan amal perkasakan jihad.

4 comments:

gopenghagen said...

usrah adalah nadi dlm jemaah. seringkali jemaah nazak, bila dicari sebab penyakitnya, rupa2nya usrah tidak berjalan.

tapi yg paling hampeh bab ni, bila usrah kata pukul 9.00, lpas pkul 10.00 baru sensorang dtng. fail betul!

info said...
This comment has been removed by the author.
Hamba_Tuhan said...

Slm `alek...aku sokong dowh ko pny artikel,,,,Bagus...Aku nak bg cdgn sket boleh???tu pun kalau ko x kesah...Kalau boleh ko buat kreativiti dlm penulisan ko, bagi org tertarik nak baca...Cuba fkr, mcm mn nak bg tarikan pada org yg tak suka baca??? For me, biar rgks, tp penuh makna..Ko createlah ikut kreatiVti ko....Hope kita dpt buat yg terbaik tuk islam....Hahahaha...shemales....hehe
Pape pun blog kita adalah luahan hati kita,hehe terpulanglah nak tulis apa,sibuk je aku ni kan???hehehe..Fastaqim kama umir! tu yg penting..

NurSyahadah said...

Wksalam...
Syukran... Apa pun terima kasih atak teguran. Berlapang dadah untk terima teguran. Tapi biarlah teguran tue jenis membina. Ok ba...! Terus jak bagi komen. Buat pengetahuan naufal, saya budak baru belajar dan baru berapa bulan ja dapat menulis mcm tue. InsyaAllah, ada idea pas ni akan lebih kreatif. Cuma skrg ni tak boleh fokus lagi. Nti sy baiki ok...
Terima kasih kerana sudi melawat.

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one