Umat Islam pasti boleh

Wednesday, November 19, 2008

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum w.b.t… Salam blogger… dan Salam Peringatan…

Ana hanya mampu menghembus nafas lega setelah selesai semua kerja. Alhamdulilah. Sebagai peringatan bersama, ana hendak kongsi sedikit cerita mengenai Rasulullah ikutan kami. Rasulullah ialah Nabi terakhir utusan daripada Allah. Baginda ditugaskan untuk menyampaikan risalah mengenai Islam kepada ummat manusia. Ana pernah menghadiri satu kelas tajwid di sekolah. Ustazah yang mengajar kami kelas tajwid sempat juga bagi kami sedikit pengisian rohani.


Manusia perlu sentiasa diberi peringatan. “Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakana.” Ustazah tu mengulang apa yang pernah disampaikan oleh Rasulullah dalam khutbah terakhirnya. “Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini” Sambungnya lagi.


Mukaddimah bagi post yang ana sampaikan kepada pembaca sekalian. Rasulullah digelar Al-Amin kerana baginda sentiasa berkata benar. Semasa baginda menyampaikan khutbah terakhir di Lembah Uranah Arafah terdapat beberapa peringatan-peringatan yang ditujukan khas buat umat akhir zaman. Keadaan ini berlaku bahawa suatu hari nanti menusia akan kembali kepada zaman jahiliah setelah Islam mengecapi kejayaan suatu masa dahulu.


Antaranya;

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta harta yang diamanah kepada kamu kepadanya pemiliknya yang berhak.


“Sesungguhnya Allah telah menawarkan amanat kepada langit, bumi, dan gunung-gunung, tetapi semuannya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikulkan amanah itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sabgat zalim dan sangat bodoh” (Surah Al-Ahzab:72)


Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Demikian ceritanya apabila kita menyayangi seseorang kerana Allah adalah tidak mustahil untuk dia menyayangi kita. Begitu juga dengan mengingati Allah.

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu” (Al-Baqarah:152)


Tidak lupa juga hak seorang wanita terhadap lelaki. Ditujukan khas buat srikandi-srikandi yang turut disebut mengenainya dalam khuthbah terakhir Rasulullah. Tujuannya untuk membela nasib mereka sekiranya berlaku ketidakadilan di pihak lelaki. Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak di atas kamu.

“Wahai orang-orang yang beriman..! Tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan dengan jalan paksa” (Surah: An-Nisa:19)

Ajaran paling asas sebagai seorang muslim adalah hadis 40 hadis ke-2, menerangkan mengenai Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan. Sebagai mengulangi pesanan terakhir daripada Rasulullah iaitu mengenai sembahlah Allah, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu.


Sampaikanlah walau sepotong ayat. Hendaklah orang-orang yang membacanya khutbah Rasulullah ini, menyampaikannya kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain.


p/s Sekiranya kita menginginkan untuk menjadi seorang Muslim sejati, Sesungguhnya, Rasulullah meninggalkan 2 perkara. Jika kamu berpegang kepada ke 2 ini maka kamu tidak akan rugi, iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Jadikan Rasulullah contoh yang terbaik dan pedoman dalam menempuh kehidupan.

No comments:

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one