Umat Islam pasti boleh

Thursday, January 29, 2009

Thursday, January 22, 2009

Iskh....!!! Kamu ni kejam sungguh

Iskh...!!! Kamu in sungguh kejam.

Siapa paling kejam di antara mereka...?

Obama,



Osama,


Bush,



or......?

Cuba teka siapa yang penulis maksudkan...

Adakah beza di antara mereka...?

Adakah mereka yang harus dipersalahkan...?

p/s Kita mengkaji apa yang sedang berlaku bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak terhadap serangan di GAZA.


Wednesday, January 21, 2009

Obama.... Mana janji mu...???

Serangan hebat terhadap Semenanjung Gaza memberi satu suntikan keprihatinan terhadap penulis bagi membantu mereka yang menjadi mangsa. Obama merupakan Presiden US yang ke 44 pernah manabur janji bahawa beliau akan membantu mendamaikan negara Palastin yang tidak akan aman selagi Israel belum mencapai kehendak mereka.

Menurut beliau dalam ucapan sulungnya sebagai presiden baru-baru ini, Obama selain berikrar mahu memperbaiki hubungan dengan dunia Islam, turut mengulangi janjinya ketika berkempen bahawa Amerika Syarikat akan 'mula menyerahkan Iraq kepada rakyatnya dan meneruskan usaha perdamaian di Afghanistan.'

Selama memegang jawatan tersebut, Berita Harian yang menjadi sumber maklumat menyatakan bahawa

"WASHINGTON: Presiden Barack Obama menunjukkan komitmen segera dalam mewujudkan perdamaian di Asia Barat, khususnya menamatkan konflik Gaza dengan membuat panggilan telefon empat pemimpin rantau berkenaan, hari ini. Obama menelefon Presiden Mesir, Hosni Mubarak, Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, Raja Jordan, Raja Abdullah dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas."

Obama membantu ke arah usaha itu.

Satu perkembangan yang baik buat saudara kita yang berada di Palastin. Sejauhmana ia dapat membantu...?

Saturday, January 10, 2009

Palastin bila berakhir...?



Semangat pemuda.




Umair adalah seorang kanak-kanak yang berani keluar pergi berperang bersama Rasulullah semasa usianya masih kecil suatu masa dahulu. Semangat pemuda yang ada padanya boleh dijadikan pedoman kepada pejuang-pejuang Islam yang masih bertebaran di muka bumi yang semakin tandus dan terhapus. Keluar untuk pergi berperang demi menegakkan Islam dan menyampaikan risalah Rasulullah mengenai Islam kepada seluruh ummat manusia. Di bawa satu naungan iaitu panji Islam.

Anak muda masa kini yang masih belum sedar akan peranan sebagai dai'e perlu diajak bersama-sama untuk memartabatkan Islam itu sendiri. Usaha pihak yang sepatutnya perlu untuk melahirkan pemuda yang berjiwa kental untuk membentuk jati diri ke arah yang profesional. Profesional dari sudut gerak kerja, berorganisasi dan komunikasi. Di antara ciri-ciri pemuda yang menjadi Umair adalah amat sukar diterapkan dalam jiwa anak-anak muda masa kini kerana inilah hakikat manusia akhir zaman.


Merana di tempat sendiri.


Apa yang menyedihkan kanak-kanak yang berada di Semenajung Gaza berada dalam keadaan yang kritikal. Di mana kezaliman pihak Zionis telah mengebom tempat tumpah darah mereka untuk bergelar pejuang Islam yang mulia di sisi Allah. Kita berada dalam keadaan yang aman perlu sedar bahawa hidup di dunia yang tandus agama tiada bezanya dengan tempat yang tidak mengamalkan Islam yang sepenuhnya. Sedih hati ini untuk menyatakan bahawa pemuda-pemuda yang boleh membangunkan Islam semakin hilang.

Palastin bila berakhir..!!! Kata-kata yang memungkinkan penulis berfikir bagaimana caranya mereka berhadapan denga serangan musuh yang tidak pernah berakhir. Namun usaha untuk memboikit barangan keluaran Israel mampu untuk menyelamatkan keluarga kita yang berada di Palastin. Walaupun sedikit, sekurang-kurangnya Allah tidak akan mempersoalkan kita di akhirat kelak. Sungguh mati syahid di jalan Allah adalah matlamat kami. Takbir..!!! Allahuakbar.

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one