"Kenape kita tido di masjid, tapi tatkala Khutbah telah tamat kita terus terjaga? Kenape terlalu susah utk berkata ttg Allah..tapi terlalu senang utk berbicara ttg sex....Kenape kita terlalu bosan (malas) utk membaca al-Quran..tapi terlalu senang membaca majalah playboy (lucah)?? Mengapa terlalu mudah utk kita memadam mesej berkenaan Islam..kemudian kita menyebarkan (forward) mesej yg nakal (mesej kurg elok)??.. Kenape masjid2 makin kurang jamaahnya, sedangkan bar2 dan kelab2 malam semakin ramai pengunjungnya?? Fikirkanlah ttg nya.. Adakah anda akan sebarkan (forward) mesej ini atau memadamkannya (delete) ? Ingatlah yang Allah sentiasa memerhatikan mu, jika anda cintakan Allah maka semestinya anda akan menghantarkan mesej ini kepada semua yg berada dlm senarai anda.." Tersentak dengan mesej yang sahabat bagi dalam friendster. Ana pun terfikir bagaimana la tangan kita dengan mudahnya mengirim mesej dalam bentuk yang tidak sepatutnya. Walhal ada mesej yang berguna boleh kita hantar kepada orang bakal menerima mesej.
Menghabiskan kredit untuk bertanya-tanya khabar, kat mana sekarang adalah lebih baik kita hantarkan mesej seperti "apa kbr iman..? da ada pengisian rohani yang boleh memberi tenaga kepada Iman...? Topup la supaya ia tidak hanyut ditelan nafsu.
Jadikan pesanan ringkas daripada sahabat sebagai penguat kepada iman. Kerana Al-Quran ada mengkhabarkan bahawa berilah peringaran sesungguhnya peringatan itu adalah lebih baik bagi golongan yang beriman, (Az Dzariyat:55)
"Jadilah sayap kiri kepada perjuangan Islam" "Jadilah wanita solehah kerana seindah hiasan adalah wanita solehah." Muslimat Power
Warta Buat Mu Teman Seperjuangan
Tidak perlu mencari teman secantikBALQIS,
Jika diri tak seindahSULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampanYUSUF,
Jika kasih tak setulusZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguhIBRAHIM,
Jika tak sekuatSARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sempuranRASULULLAH S.A.W.
Begiti juga dengan kita, tak guna ada mata kalau tak dapat melihat,
Tak guna ada hati kalau tak tau menilai....
(Nursyahadah_86)
Ingat Nursyahadah
Perempuan tidak perlu mendekati lelaki untuk mengetahui siapakah yang Allah takdirkan untuk dia. Yang Allah takdirkan untuk kita akan tetap datang walaupun kita mengelaknya. Peliharalah maruah agar dengannya kita boleh menuntut janji, bahawa lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitu juga sebaliknya. ~Zaharah Muhammad, Novel "Izinkan mimpi berulang"~
“Tiga perkara yang menyelamatkan hati seseorang Muslim dari kedengkian: Ikhlas dalam beramal kerana Allah, menasihati penguasa dan komitmen dengan jamaah kaum Muslimin”. (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad 4/80-82)
Kedamaian
Buatmu Syahadah
Nur Syahadah
Tika terbuka hari Cahaya yang cerah Menerangi hatimu Mulus terbias di wajah
Kau sambut dengan redha Hadirnya hidayah Nekad pendirian terungkai kalimah
Nur Syahadah menyinar kalbu Murni seharum namamu Hadirnya dicelahan Kekalutan kalbumu itu
Nur Syahadah telah tertulis Pada waktu dan juga takdir Di antara seribu engkau yang terpilih
Sejernih embun pagi Sebersih dirimu Tanpa dicemari walaupun sebutir debu Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya Iringan doaku moga kau bahagia
Akan ku bimbingmu Sekadar yang ku termampu Menyemai iman dan menuai takwa Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta Cukuplah sekadar teman yang biasa
Nur Syahadah menyinar kalbu Murni seharum namamu Hadirnya dicelahan Kekalutan kalbumu itu
Nur Syahadah telah tertulis Pada waktu dan juga takdir Di antara seribu engkau yang terpilih
No comments:
Post a Comment