Umat Islam pasti boleh

Friday, November 21, 2008

MUQADDIMAH - Hidup sebagai pejuang Islam

Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya:

“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: “Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.” (Al-Kahf : 13 – 14)

Golongan muda (syabab) adalah merupakan asset penting dalam memastikan kesinambungan gerakerja Islam. Sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam telah membuktikan bahawa golongan ini memainkan peranan penting dalam memastikan tertegaknya panji Allah s.w.t. di atas muka bumi ini. Ayat di atas telah meletakkan syarat dan asas untuk memastikan golongan ini berjuang dan bersandarkan kepada panduan inilah kita mengambil sikap untuk menjadi golongan syabab li inqaz al ummah (pemuda yang berperanan untuk mengangkat darjat ummah). Golongan yang ingin menegakkan panji Allah s.w.t. ini perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. agar pertolongan Allah s.w.t. dan kemenangan daripadaNya menjadi milik pejuang Islam.

KONSEP 'AMAL JAMA'I DALAM GERAKAN ISLAM

‘Amal jama’i adalah merupakan satu tuntutan harakah yang panduannya disebut di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Al-Saff: 4)

Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a. katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku,
lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan?
Rasulullah menjawab: Ya.
Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu?
Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan.
Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu?
Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikut selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya.
Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu?
Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu.
Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami.
Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita.
Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu?
Rasullullah menjawab denga bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka.
Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin?
Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.”

Wednesday, November 19, 2008

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum w.b.t… Salam blogger… dan Salam Peringatan…

Ana hanya mampu menghembus nafas lega setelah selesai semua kerja. Alhamdulilah. Sebagai peringatan bersama, ana hendak kongsi sedikit cerita mengenai Rasulullah ikutan kami. Rasulullah ialah Nabi terakhir utusan daripada Allah. Baginda ditugaskan untuk menyampaikan risalah mengenai Islam kepada ummat manusia. Ana pernah menghadiri satu kelas tajwid di sekolah. Ustazah yang mengajar kami kelas tajwid sempat juga bagi kami sedikit pengisian rohani.


Manusia perlu sentiasa diberi peringatan. “Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakana.” Ustazah tu mengulang apa yang pernah disampaikan oleh Rasulullah dalam khutbah terakhirnya. “Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini” Sambungnya lagi.


Mukaddimah bagi post yang ana sampaikan kepada pembaca sekalian. Rasulullah digelar Al-Amin kerana baginda sentiasa berkata benar. Semasa baginda menyampaikan khutbah terakhir di Lembah Uranah Arafah terdapat beberapa peringatan-peringatan yang ditujukan khas buat umat akhir zaman. Keadaan ini berlaku bahawa suatu hari nanti menusia akan kembali kepada zaman jahiliah setelah Islam mengecapi kejayaan suatu masa dahulu.


Antaranya;

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta harta yang diamanah kepada kamu kepadanya pemiliknya yang berhak.


“Sesungguhnya Allah telah menawarkan amanat kepada langit, bumi, dan gunung-gunung, tetapi semuannya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikulkan amanah itu oleh manusia. Sungguh, manusia itu sabgat zalim dan sangat bodoh” (Surah Al-Ahzab:72)


Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Demikian ceritanya apabila kita menyayangi seseorang kerana Allah adalah tidak mustahil untuk dia menyayangi kita. Begitu juga dengan mengingati Allah.

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu” (Al-Baqarah:152)


Tidak lupa juga hak seorang wanita terhadap lelaki. Ditujukan khas buat srikandi-srikandi yang turut disebut mengenainya dalam khuthbah terakhir Rasulullah. Tujuannya untuk membela nasib mereka sekiranya berlaku ketidakadilan di pihak lelaki. Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak di atas kamu.

“Wahai orang-orang yang beriman..! Tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan dengan jalan paksa” (Surah: An-Nisa:19)

Ajaran paling asas sebagai seorang muslim adalah hadis 40 hadis ke-2, menerangkan mengenai Rukun Islam, Rukun Iman dan Ihsan. Sebagai mengulangi pesanan terakhir daripada Rasulullah iaitu mengenai sembahlah Allah, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu.


Sampaikanlah walau sepotong ayat. Hendaklah orang-orang yang membacanya khutbah Rasulullah ini, menyampaikannya kepada orang lain dan hendaklah orang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain.


p/s Sekiranya kita menginginkan untuk menjadi seorang Muslim sejati, Sesungguhnya, Rasulullah meninggalkan 2 perkara. Jika kamu berpegang kepada ke 2 ini maka kamu tidak akan rugi, iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah. Jadikan Rasulullah contoh yang terbaik dan pedoman dalam menempuh kehidupan.

Tuesday, November 18, 2008

Pejuang Berani Mati




Adakah kita berani menjadi seperti mereka yang rela mati demi mencari mati syahid yang kematiannya mulia di sisi Allah s.w.a. InsyaAllah dengan Izin Allah kita boleh mencapainya. Amin...

Monday, November 17, 2008

Siapa Paling Hebat

"Sehebat mana pun seseorang, kalau dia tak sama2 duduk dalam halaqoh(usrah) atau duduk dalam proses tarbiyyah dan dakwah, kehebatannya itu akan pudar juga dimamah usia dan dosa tanpa peringatan"

What Is Advantage Of Men n Women

Men @ Muslimin

Ketampanan, Kekacakan. Keindahan seorang lelaki bukan pada rupa fizikal, tetapi pada murni rohani,

Lelaki yang 'cantik'...
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang tidak pernah putus asa,

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati,
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad s.a.w
Adalah keindahan yang sempurna seorang lelaki.



Women @ Muslimah

Kecantikan, Keindahan, Keperkasaan serta Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,

Perempuan yang gagah...
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan,

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khadijah yang Ehsan,
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Saturday, November 15, 2008

Ghuraba (Kekuatan)

Ghuraba (kekuatan) merupakan satu kata-kata semangat yang digunakan untuk meneruskan gerak kerja sebagai seorang Islam.

-Lillahi Ta'ala-


Friday, November 14, 2008

Bermudah-mudah dalam sesuatu perkara

Assalamualaikum w.b.t......Salam Perjuangan...
Hamdan Ya Syukran Nillah. Infiniti kesyukuran ditujukan kepada Illahi yang sentiasa membenarkan kita menghirup udara yang nyaman. Kena lagi pagi tadi hujan renyai-renyai kalau la diizinkan untuk bergerak di luar sana kan bagus... Malangnya, pukul 10.00 ada masih ramai yang tidak bangkit dari tidor... Ndak pa yang penting solat jangan tinggal ah.
"Bermudah-mudah dalam sesuatu perkara". Apa yang antumna faham dengan tajuk ini...? Pada ana ia adalah satu tindakan di mana kita melakukan sesuatu atas dasar memenuhi syarat. Maksudnya, melakukan sesuatu perkara bukan pada haknya. Misalnya, membaca Al-Quran (mengaji) hanya kita tau bagaimana nak baca, taranum okey tapi tidak pastilah pula tajwid betul kah. Jom kita semak balik tajwid bacaan kita. Menepati makhraj dia ka tidak. Berdosa bah kata diorang kalau baca ndak betul. Ayat Al-Quran ni mana boleh bawa main-main.
Kita lupa dalam kita bergerak kerja sebagai pejuang Islam ni, adakah kita menitikberatkan berkenaan ilmu-ilmu fardhu ain, Ilmu dunia dan Ilmu Akhirat serta banyak lagi jenis ilmu. Semangat melebihi ilmu yang ada. Tidak boleh jadi juga, tidak apa, Rasulullah sendiri pun menyampaikan dakwa sambil menuntut ilmu.
Bermudah-mudah terhadap sesuatu perkara adalah tindakan yang tidak perlu wujud dalam mengelar diri sebagai pejuang Islam. Walaupun Allah menjanjikan kemenangan kepada orang Islam. Namun ia tidak berjaya tanpa usaha. Berusahalah memperbaiki kelemahan yang ada. Sebagai teguran kepada diri dan orang lain. Tapi elakkan daripada bersikap sombong, kata orang bodoh sombong. Jauhkan. Lakukan sesuatu perkara berlandaskan syariat yang ditetapkan.
Wassalam

Thursday, November 13, 2008

Pedoman hidup sebagai Mujahid/Mujahidah

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin Walau susah menempuh cabaran…
Bersatulah wahai kaum muslimin Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjuanglah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan… Berjuanglah wahai Ansarullah
Dengan satu matlamat kerana Allah Berjuanglah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan…
Bergeraklah ke gerbang jasa Susah senang bukan alasannya
Satukanlah niat dihati Hingga nyata benarnya janji Rabbi…
Selamatlah badan dakwah melangkah
Memimpin ummah berlandas tarbiahBerpedomankan Al-Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah…
-sekadar renungan-

Tuesday, November 11, 2008

An-Nisa vs Ar-Rijal

Lelaki @ Muslimin
1. lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
2. lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.
Wanita @ Muslimat

1. wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya, wanita saksinya kurang berbanding lelaki. wanita menerima pusaka kurang dar i lelaki..
2. wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada ibunya).
Seorang lelaki perlu pergi berjihadfisabilillah tetapi wanita jika taatakansuaminya serta menunaikantanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergiberperang fisabilillah tanpa perlumengangkat senjata.
Mengapa pilih surah ini...?
Selepas jak release tension kul 12 pas Exam, ana terus buka laptop, plan awal memang nak rehat lama, tapi malaslah... Kita sebagai pengerak jihad tiada istilah malas dalam diri. Blog ni juga tempat untuk menuntut ilmu selain ke kuliah atau ke sekolah. Banyak ilham yang boleh dicipta selepas membaca blogblog sahabat yang lain. Kebetulan petang ni takde paper juga kan. Buat post baru untuk santapan minda teman-teman.
Perasan tak di atas ini post berkenaan apa...?

Monday, November 10, 2008

Sang Pencinta Lelaki

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah bersabda:

“Wanita dinikahi karena empat perkara; karena hartanya, karenakedudukannya/keturunannya, karena kecantikannya dan keranan agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
Kalau sebelum ni sempat berkongsi mengenai "Sang Pencinta Wanita", Terkesima pula hati ini selepas membaca posting daripada blog seorang kawan mengenai "cinta lelaki terhadap wanita...". Manakah jenis wanita yang menjadi idaman seorang lelaki..? Adakah wanita idaman lelaki mereka yang hanya duduk di dalam rumah atau mereka yang bergiat aktif dalam berdakwa..? Tidak cukup dengan itu, wanita yang berilmu menjadi idaman lelaki.
Ana tidaklah matang untuk membincangkan berkenaan alam perkahwinan tapi rumahtangga ibubapa ana menjadi bekalan untuk menghadapi gerbang perkahwinan kelak. Kenapa sekarang ini di kalangan sahabat dan sahabiyah sibuk membincangkan mengenai perkahwinan... Gatal nak kahwin dah... Ilmu tak cukup nak kahwin... Cam mana nak mendidik anak-anak nanti. Sebagai seorang yang mengaku dirinya sebagai pejuang Islam, adakah isu ini terlalu awal untuk dibincangkan. Bagi pendapat sesetengah sahabat tidak perlu walhal sempuran iman seseorang apabila ia telah menyempurnakan walimatuurus untuk persediaan menhgadapi perkahwinan.
Lelaki zaman sekarang sukar untuk dipercayai, kecuali mereka yang betul-betul ikhlas niat memperisterikan seseorang kerana Allah dan ingin meneruskan mata rantai perjuangan Rasulullah hingga ke akhirnya. Bukan untuk memenuhi nafsu semata. Maaf la kasar sikit. Namun itulah hakikatnya. Walaupun itu fitra bagi seorang lelaki tapi sebagai para da'i yang mesih belajar, ia adalah tidak digalakkan.
Wahai sang pencinta lelaki, berhati-hatilah dengan wanita, Abdullah bin Amru r.a. berkata: “Mahukah kalian aku beritahu tentang tiga jenis manusia yang celaka salah satunya Isteri yang buruk tabiatnya, jika engkau berada di sisinya ia membuatmu gusar/tidak senang. Dan bila engkau tidak berada di sisinya ia berkhianat.”
Berhati-hati memilih pasangan. Kebahagian tidak sahaja terletak di tangan lelaki, Wanita mampu mengoncang dunia kerana jangan disangka tangan yang lembut membinasakan diri antumna semua (lelaki)

Sunday, November 9, 2008

SANG PENCINTA WANITA



"Seindah hiasan adalah wanita yang soleheh." Petikan lirik yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid, Inteam mengambarkan kepada kita bahawa seindah-indah perhiasan adalah wanita yang solehah.

Jagalah perhiasanmu, sungguh Allah telah berpesan bahawa "Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya dam memelihara kemaluannya dan jangan menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang biasa dilihat." (Surah AN-Nur 24:31)

Wahai sang pencinta wanita, kerana diri mu begitu berharga. "Wahai PUTERIKU.. Demi Allah.. Jangan engkau percaya terhadap kata-kata SEBAHAGIAN lelaki.. Bahawa mereka memandangmu kerana AKHLAK dan ADAB.. Bicara denganmu seperti SAHABAT.. Dan apabila bercinta denganmu seperti teman akrab.. Sebenarnya mereka BOHONG..!!! Jika engkau mendengar sendiri bualan mereka... Pasti engkau takut dan ngeri.. Hanya di tanganmu pintu segala kebaikan.. Bukan di tangan kaum lelaki.." -Ali Thantawi-

Cinta Allah Yang Agung, memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Cinta hakiki membawa ke syurga, kalau kita mencari cinta pada manusia... belum tentu kita temui cinta sejati, kalau kita mencari cinta ilahi, Dia pasti menerima cinta kita.. dan itulah cinta yang hakiki yang memberi kebahagiaan hingga ke syurga.


Kiranya mereka tahu,






Namun fitra manusia untuk mencinta dan dicintai. Wanita juga ingin dicintai, dan ingin dikasihi. Kata orang tak kenal maka tak cinta. Tak cinta maka tak bahagia, dan tak bahagia maka tidak akn serasi bersama.

Bersabar menempuh cabaran, mehna dan tribulasi untuk mengecapi cinta dan kebahagiaan yang hakiki. Cinta islamic memang tiada digariskan dalam kehidupan. Sebagai pedoman hidup "Jangan mengimpikan seseorang untuk jadikan teman hidup andai diri belum menguasai ilmu fardhu Ain, Solat terlajak waktu dan Al-Quran tak khatam, kelak merana diri." (buku berjudul "Cinta" tulisan Pahrol Mohd Juoi).

P/s. 5 Peringkat cinta yang perlu diketahui,

- Cinta kepada Allah, Cinta kepada kedua Ibubapa, Cinta kepada sang murabbi (guru), Cinta kepada sesama manusi dan yang terakhir adalah Cinta kepada diri sendiri. Cinta mana yang Utama..?

La Tah Zan


Thursday, November 6, 2008

Usrah Tunjang Tarbiyah


Assalamualaikum w.b.t... Salam Ukhuwahfillah.... dan Salam Islam untuk semua...



Bersyukur kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurnianya kita masih dipertemukan dalam apa jua keadaan. Dalam keadaan gembira, dalam keadaan kita sedih, dan tidak lupa juga dalam keadaan kita berada dalam ujian dan dugaan dunia yang penuh mehna dan tribulasi di akhir zaman ini. Selawat dan Salam ke atas nabi junjungan Rasulullah s.a.w.. Keluarga baginda dan para sahabat serta keluarga sahabat Baginda. Tidak lupa juga golongan-golongan yang beriman. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah hendakNya.


Di kesempatan yang ada kita masih diberi peluang untuk menikmati dua nikmat terbesar Allah kurniakan kepada manusia iaitu, nikmat Iman dan nikmat Islam. Namun masih ramai yang masih tidak bersyukur dengan kedua-dua nikmat ini. Buktinya ramai golongan-golongan ilmuan yang semakin meninggalkan zaman kegemilanan Islam mereka. Mujurlah masih ramai yang sedar akan kepentingan mengadakan usrah iaitu "Usrah tunjang Tarbiyah" dan ini menjadi perkongsian utama dalam penulisan ana yang tidak seberapa ini.






Definisi Tajuk "Usrah Tunjang Tarbiyah"




Mari kita mendefinisikan setiap satu tajuk kita kali ini, "Usrah" dalam segi istilah adalah "keluarga". Usrah yang berasal dari perkataan Arab yang membawa makna keluarga yang merupakan satu medan di mana ahlinya bersama menjalani satu proses pembentukan yang dibina di atas semangat al-ukhuwwah al-Islamiyah. Satu petikan yang ana ambil daripada blog seorang sahabat seperjuangan dalam medan dakwah yang mengimpikan Malaysia menjadi negara Islam bukan atas nama. Tapi mempraktikan Islam secara keseluruhannya. Bersih daripada riba, terhindar daripada masalah sosial, gangguan seksul dan sebagainya. Di samping itu, mengikut pendapat seorang sahabat, usrah adalah satu halakah iaitu satu bulatan kecil yang mengumpulkan beberapa orang dalam satu bulatan kecil untuk membincangkan tentang isu-isu agama, isu semasa dan perkongsian pintar.






Usrah juga merupakan satu pendekatan yang digunakan untuk mengajak sahabat-sahabat untuk mengenali Allah dengan lebih mendalam bukan sahaja mengetahui tentang zatnya malah seluruh yang berkaitan dengan keesaan dan kekuasaan Allah. Dengan memberi tazkirah iaitu peringatan, tidak kiralah peringatan yang selalu kita dengar, peringatan yang mengajak kita ke jalan yang benar atau kembali ke tempat bermulanya sebagai individu muslim. Di samping itu dalam usrah juga kita boleh mengetahui banyak persoalan-persoalan mengenai agama. Kerana peranan seorang Naqib atau naqibah yang menjadi ketua dalam perbincangan tersebut. Tunjang adalah satu akar yang menunjukkan sesuatu perkara menjadi kukuh atau sebaliknya. Diibaratkan sebuah pokok yang tumbuh tidak akan tumbang sekiranya berakarkankan akar tunjang iaitu teguh. Akar tunjang adalah satu jenis akar yang mempunyai struktur yang kukuh dan sukar untuk ditumbangkan. Begitulah juga dengan Usrah yang disamakan dengan pokok dan ia perlu bertunjangkan kepada tarbiyyah. Ini hanya sebahagian kepentingan usrah.







Manakala, Tarbiyyah mengikut pendefinisian kamus arab bermakna pendidikan. Perlunya pendidikan dalam kehidupan manusia sehari-harian. Sebagai kesimpulan yang ana dapat utarakan disini adalah "Usrah Tunjang Tarbiyah" merupakan satu slogan kata yang digunakan untuk menaikkan semangat mereka yang berusaha untuk menghidupkan usrah dalam kehidupan mereka. Mereka mengetahui akan kepentingan usrah. Sehingga satu tahap jiwa terasa kosong tanpa usrah. Bukan mudah untuk mendidik jiwa yang penuh dengan noda dan dosa. Melainkan kembali kepada Allah dan merasakan Islam itu dalam diri bukan atas nama semata-mata.






Kepentingan Usrah dalam kehidupan




Melalui definisi yang diberikan kita mampu untuk mengenalpasti kepentingan usrah itu sendiri. Jiwa-jiwa yang penuh dengan kekotoran. Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa dalam badan manusia terdapat satu daging yang mana bila baik daging itu maka baiklah seluruhnya dan sebaliknya apabila daging itu rosak maka rosaklah seluruhnya. Dan daging itu merupakan raja segala raja bagi anggota badan manusia, iaitu hati. Hati manusia yang kotor akan menggambarkan keperibadian akhlaknya pada zahirnya. Sebaliknya, mereka yang sentiasa menjaga dan mendidik jiwa mereka untuk menjadi yang lebih baik mampu untuk melawan hawa nafsu dalam badan akan menjadi manusia yang baik juga kesannya.






Usrah dapat mendidik jiwa-jiwa ke arah Islam. Manusia akhir zaman semakin lalai dengan nikmat dunia seperti hiburan. Hiburan dikategorikan sebagai permainan dunia. Begitu juga dengan peranan seorang wanita yang sering menjadi senjata yang paling tajam untuk seorang lelaki. Mereka yang mampu menjaga dan mendidik hati mereka dapat mengelak daripada terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Penerangan dan perkongsian ilmu daripada kakak-kakak atau abang-abang yang berperanan sebagai naqib/naqibah dalam sesebuah usrah dapat membantu adik-adik yang baru berjinak-jinak dengan Islam untuk terus istiqamah dalam membuat perubahan pada diri.


Dalam dunia tiada manusia yang sempurna melainkan para anbiya' di zaman Rasullullah. Kerana role model yang paling terbaik untuk menjadi sumber rujukan adalah Nabi Muhammad s.a.w. Kepribadian dan akhlak Rasulullah yang digambarkan dalam sejarah rasulullah dalam usrah mampu mendidik jiwa-jiwa kita ke arah yang lebih baik. Perubahan dalam diri tidak mampu dilakukan dalam masa sehari dua, kerana mendidik jiwa ke arah Islam sepenuhnya memerlukan usaha yang kuat. Misalnya, menghadiri usrah kerana kita mengetahui bahawa Usrah Tunjang Tarbiyah.






Usrah dapat mencungkil bakat seseorang untuk menjadi pemimpin. Berdasarkan pengalaman ana yang pernah menghadiri usrah, berkongsi sedikit cerita tentang pengalaman selama manjadi pimpinan pelajar di sekolah. Di sekolah dahulu ana merupakan satu ahli dalam kabinet Majlis Perwakilan Pelajar atau Student Repersentative Council. Bermula cerita daripada seorang yang buta ilmu tentang Islam. Usrah adalah tunjang tarbiyah kerana melalui usrah banyak perkara yang boleh dicari, diteliti, ditafsir dan dihayati mengenai sesuatu. Terlibat dengan usrah sejak tahun satu di universiti sehinggalah tahun 3. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan walaupun di antara sahabat-sahabat ana merupakan mereka yang selalu bagi alasan. Dengan alasan yang tidak munasabah itulah ia mampu mendidik diri ana untuk bersikap lebih jujur dan memberikan alasan yang munahsabah pada masa akan datang.


Kerana dalam perbincangan usrah, naqib-naqibah banyak menceritakan contoh-contoh pemimpin yang boleh dijadikan teladan. Penilaian terhadap sesuatu isu yang dibincangkan membawa adik-adik yang menjadi salah satu struktur dalam usrah mampu untuk mencungkil bakat yang terpendam dalam diri mereka. Ana sendiri sebelum mengikuti usrah adalah seorang yang tidak berdisiplin, tidak menepati masa dan suka melakukan sesuatu perkara ikut sedap hati sahaja. Tetapi setelah menghadiri usrah beberapa kali, ana dapat mendidik jiwa untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.






Selain itu, Usrah juga menjadi tunjang kepada tarbiyah kerana melalui usrah sahaja kita akan membingangkan isu Islam secara syumul atau menyeluruh. Menyentuh bab syumul, ana penah menghadiri satu usrah yang membincangkan tentang ciri-ciri agama Islam. Terdapat enam ciri yang digariskan dan salah satunya adalah Syumul. Islam merangkumi keseluruhan apa yang ada di dunia. Dari sudut Pendidikannya ada Islam menyentuh bab-bab menuntut ilmu, dalam bidang Ekonomi ada cara-cara menjalankan perniagaan mengikut Islam.



Dalam berSosial pula Islam mengajarkan muamalat di kalangan wanita dan lelaki atau batas pergaulan muslimin dan muslimat. Manakala dari sudut Politik juga Islam tidak terkecuali, buktinya memilih pemimpin di kalangan mereka yang beragama Islam. Maka celakalah mereka yang meletakkan bukan muslim sebagai ketua pemimpin, peringatan Allah kepada mereka yang ingin berpolitik dengan cara Islam. Oleh itu pilihlah pemimpin di kalangan mereka yang mengamalkan Islam sepenuhnya.




Terbukti bahawa Usrah adalah tunjang kepada tarbiyah terutamanya kepada individu, keluarga, masyarakat, dan mereka yang ingin mengamalkan Islam secara keseluruhan dalam hidupnya. Saranan kepada semua, perkasakan usrah bukan sahaja di kalangan kita yang bergelar budak masjid. Malah perluaskan kepada mereka yang berminat untuk memperbaiki diri. Kerana usrah tidak semestinya dijalankan dalam bulatan kecil di dalam masjid. Malah banyak pendekatan yang boleh digunakan untuk menjalankan Usrah. Misalnya, perbincangan dua hala juga dikategorikan sebagai usrah. Secara tidak langsung ukhuwah islamiyah juga akan terjalin. Salam Ukhuwahfillah untuk semua umat Nabi Muhammad s.a.w yang percaya akan kewujudan Allah di sampingnya.








P/s Serbah sedikit perkongsian yang perna ana alami selama berada di kampus. Usrah tunjang kepada Tarbiyah. Mempraktikan usrah dalam kehidupan dapat memandu jiwa-jiwa yang mudah goyah dengan nikmat dunia. Tingkatkan amal perkasakan jihad.

Wednesday, November 5, 2008

Maslahat Ummah

Assalamualaikum.. w.b.t. Salam Ukhuwahfillah dan salam blogger...

Ana bukanlah orang yang layak untuk membincangkan tentang maslahat ummah. Atas kesedaran terhadap apa yang berlaku di sekeliling, ana tampil membawakan satu isu yang hangat dalam isu semasa berkaitan ummat Islam. Rasulullah pernah menyatakan dalam hadis baginda bahawa “Mereka yang tidak memikirkan masalah ummatku BUKAN dari kalangan ummatku”. Ini adalah kata kunci yang menjadi pendorong ana membawakan isu IFC. Adakah kita mengkagi berkenaan isu ini atau kita meneliti apa yang sedang berlaku di sekeliling kita atau hanya berdiam diri sahaja berkurung di bilik menjadi seorang yang pentingkan diri.


Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India beragama Kristian. Dia pohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepada Lina Joy dan agama dipadamkan dari Mykad beliau tetapi Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah dari Mahkamah Syariah. Lantaran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai.
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang,
tidak berhak lagi kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulah akibatnya. (http://dsantai.blogspot.com/2007/05/ifc-15000-umat-islam-murtad.html)

Ini petikan sedikit daripada sebuah blog yang ana sempat baca selepas sahaja pulang daripada exam petang tadi yang bermula semalam. Percaya atau tidak:

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Sempat ana mentelaah lagi blog tersebut dan terbaca satu bahagian menyatakan bahawa seorang menyatakan dan mengaku terdapat 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000. Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai “Ayah Pin itu Tuhan” adalah 14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang. Lantangnya bersuara.

Dalam pada itu juga, tiba-tiba Majlis Raja-Raja bangkitkan tiga persoalan yang menjadi tanda tanya kepada ramai orang yang mendengarnya. Di antaranya adalah

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang.

Siapa yang harus dipersalahkan..? Adakah daripada institusi masjid itu sendiri... Atau..? Ana tinggalkan antum dengan persoalan-persoalan ini... Jawab dalam hati, n tanya juga dengan Iman.
KES lain..!!!!
KES SITI FATIMAH :BUKTI KEMENANGAN SEKULAR SN Keluaran 16Mei 2008 [SN173] Pada hari khamis lepastelah terpahat dalam lembaran sejarahkehakiman Negara Malaysia, apabilaMahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinangmeluluskan permohonan murtad olehseorang wanita yang bernama SitiFatimah, 39 yang nama asalnya ialah TanEan Huang. Untuk petikan penuh,
wassalam.

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one