Umat Islam pasti boleh

Friday, March 6, 2009

Isu hangat Politik Malaysia


.....Assalamualaikum w.b.t.....

Ahli gerakan, kita perlu peka dengan keadaan semasa. Misalnya, isu PPMSI (isu pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris) iaitu isu pencemar duli seorang penulis terkenal negara, Dato S.Samad Said. Pihak terlibat menyatakan bahawa Dato hanya menghadiri ceramah yang dianjurkan oleh pihak pembangkang.Walhal setelah diperhatikan segala penjelasan menyatakan bahawa beliau tidak hanya menghadiri ceramah yang berkaitan politik di sebelah pihak sahaja. Menurutnya lagi, saya hadir bukanlah untuk berpolitik tapi nekad untuk memperjuangkan martabat Bahasa Melayu yang semakin dimamah zaman. Oleh yang demikian, mengadakan ceramah anjuran mana-mana pihak bukanlah menjadi isu utama kerana bahasa ibunda adalah satu kekuatan orang melayu.

Isu hukum hudud releven di Malaysia, bagi mereka yang menghayati akan keindahan Islam sudah tentu bersetuju bahawa hukum hudud perlu digunapakai di negara ini kerana ia adalah hukum yang ditetapkan dalam syariat. Hukum hudud adalah satu hukuman yang akan dikenakan kepada pesalah yang melakukan jenayah seperti mencuri akan dipotong tangan, orang yang berzina akan direjam sampai mati, dan sebatan adak dikenakan kepada pelaku zina. Rasionalnya mengadakan hukuman ini supaya tiada lagi orang yang berani melakukan jenayah kerana takut dengan hukuman yang terus daripada Allah. Ini baru hukuman di dunia, bagaimanalah kita di akhirat kelak, dengan dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar yang kita lakukan secara tidak sedar, inikan pula dengan sengaja dilakukan. Sesiapa yang menyokong hukuman ini dijalankan di Malaysia akan dianggap kolot dan ketinggalan kerana itu merupakan hukuman yang sesuai dijalankan pada zaman Rasulullah. Berkata berkenaan hukum hudud adalah releven kerana impaknya pada akan datang.

Isu pergolakan politik di perak. Mencemar duli Tuanku, Sultan perak menghangatkan lagi perbincangan isu porgolakan politik di perak. Kejayaan kerajaan pembangkang dalam Pilihan Raya ke 12 hanya hangat-hangat tahi ayam setelah berjaya dikuasai oleh pihak kerajaan. Kepercayaan 2/3 daripada dewan parlimen telah bertukar setelah 3 orang parti pembangkang keluar dengan memegang status berada di pihak calon bebas, namun amat mengecewakan lebih memihak kepada kerajaan walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kebijaksanaan dalam memutarbelitkan isu mendorong pihak media memainkan peranan penting dalam menjelaskan kepada masyarakat siapa yang berada di pihak yang benar ataupun gunting dalam lipatan. Mungkin bahasa penulis kasar sikit. Itulah hakikat politik hari ini, perlu ada provokasi untuk menarik perhatian masyarakat malaysia.

Setakat itu sahaja yang dapat dikongsikan mengenai isu-isu semasa, dan isu yang terbaru sah atau tidak persidangan Dun Bawah Pokok. Memandangkan penulis kesuntukan masa, post baru akan dikeluarkan kelak. Sekian

No comments:

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one