Umat Islam pasti boleh

Monday, March 16, 2009

CARILAH KEHIDUPAN SERTAKAN TUHAN


Buatlah apa sahaja, biarlah bersama Tuhan,
Berniaga dan carilah kehidupan sertakan Tuhan,
Laksanakanlah apa sahaja, jangan tinggalkan Tuhan,
Tuhan hendaklah dibawa kemana-mana,
Tuhan sertakan di dalam perjuangan,
Di dalam menuntut ilmu jangan lupa Tuhan, Tuhan adalah segala,
Ia modal hidup mati kita, Ia aset yang kekal abadi,
Yang memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita,
Tuhan kenalah ada di dalam sebarang hal dan keadaan,
Jangan cuba tinggalkan, kita akan kecundang,
Tuhan adalah harta yang bukan harta Yang sangat diperlukan Selain Tuhan,
adalah harta Yang tidak memberi jaminan,
Tuhan adalah sangat diperlukan Di dalam sebarang keadaan,
Jangan tinggalkan Tuhan Jika Tuhan sudah ditinggalkan,
Sebarang kehidupan kita sudah tidak ada erti apa di dalam kehidupan
Begitulah besarnya Tuhan
Di dalam kehidupan insan

No comments:

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one