Umat Islam pasti boleh

Wednesday, February 11, 2009

Peranan muslimat dalam Gerakan Islam pada masa kini

Muslimat sinonim dengan kelembutan dan ketekunan dalam melakukan sesuatu. Tidak hairanlah pada hari ini kita melihat muslimat mampu berada sebaris dengan pimpinan-pimpinan muslimin. Bukan niat untuk meletakkan muslimat sebagai ketua mengalahkan muslimin. Namun ada hakikat menyatakan bahawa muslimat mampu untuk melakukan “Jangan disangka tangan yang lembut tidak mampu untuk menggoncang dunia”.

Lukman pernah menasihati anaknya bahawa “Siapa yang patut kamu patuhi perintahnya di dunia, pertama, Ibu mu, kedua juga ibumu dan yang ketiga barulah bapamu”. Melalui pesanan ini kita melihat ibu juga adalah mereka yang perlu mendapat perhatian. Di situ kita mentafsir bahawa kadang-kadang wanita boleh berada sebagai ketua tapi bukan dalam urusan mencari rezeki, menjadi ketua keluarga kerana itu adalah tugas muslimin.

Peranan Muslimat sebagai seorang Ibu. Syurga di bawah telapak kaki ibu, juga merupakan satu peranan penting seorang ibu yang mana jika kita menderhaka kepada ibubapa kita akan ditimpah musibah. Peranan ibu adalah untuk membimbing anak-anak untuk menjadi manusia. Janganlah kamu mengeluarkan perkataan yang kesat seperti ‘Ah’ apabila kamu diperintahkan untuk melakukan sesuatu. Amat besar kebencian di sisi Allah jika kita menderhaka kepada ke dua orang tua. KERANA, menggandungkan anak selama 9 bulan adalah bukti bahawa wanita juga kuat dari sudut mental. Jika muslimin ada 9 akal 1 nafsu, manakala muslimat 9 nafsu 1 akal. Tapi dengan itu juga muslimat mampu memberi zuriat kepada rumahtangga. Kebahagian rumahtangga ada pada Isteri.

Peranan Muslimat di kalangan sahabat. Walaupun muslimat terkenal dengan sikap yang cepat emosi, sikit-sikit merajuk, masalah ukhuwah, cemburu, dan suka bertindak sendiri. Usaha untuk merapatkan kembali ukhuwah antara sahabat hanya muslimat yang memahami masalah di kalangan muslimat sendiri. Digariskan beberapa perkara bahawa terdapat 3 hak kita terhadap sahabat iaitu, hak kita memberi salam, perlu untuk dijawab apabila sahabat memberi salam. Hak kedua, beri dorongan, kita perlu membimbing dan memberi nasihat apabila mereka memerlukan nasihat. Ketiga, Hak untuk terima undangan, iaitu apabila sahabat menjemput untuk datang ke majlis, kita wajib hadir dan jangan sama sekali menolaknya.


Peranan muslimat dalam rumahtangga. Muslimat perlu dalam mendirikan rumahtangga kerana ia adalah penyejuk mata. Apabila suami balik dari kerja kita tidak digalakkan untuk bertanya “kemana abang pergi..?”, “Kenapa lambat..?, dan yang seangkatan dengannya. Kerana ia mampu mendatangkan memurkaan kepada suami. Kalau boleh suami pulang dari tempat kerja, sambutlah ia dengan senyuman, sediakan air untuk membasahkan tengkuk, ataupun angkatlah barang yang dibawa balik ke rumah seperti beg.

Justeru, kita tidak boleh mempertikan bahawa muslimat tidak perlu keluar untuk berdakwah kerana siapa yang akan menyediakan makanan untuk semua tanpa kehadiran muslimat, Bagaimana hendak mengatasi masalah hati di kalangan sahabat tanpa muslimat. Maka terbantutlah perjuangan tanpa muslimat kerana muslimat merupakan sayap kiri perjuangan. Bukan sahaja di rumah malah di medan perang masa kini.

No comments:

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one