Umat Islam pasti boleh

Saturday, January 10, 2009

Palastin bila berakhir...?



Semangat pemuda.




Umair adalah seorang kanak-kanak yang berani keluar pergi berperang bersama Rasulullah semasa usianya masih kecil suatu masa dahulu. Semangat pemuda yang ada padanya boleh dijadikan pedoman kepada pejuang-pejuang Islam yang masih bertebaran di muka bumi yang semakin tandus dan terhapus. Keluar untuk pergi berperang demi menegakkan Islam dan menyampaikan risalah Rasulullah mengenai Islam kepada seluruh ummat manusia. Di bawa satu naungan iaitu panji Islam.

Anak muda masa kini yang masih belum sedar akan peranan sebagai dai'e perlu diajak bersama-sama untuk memartabatkan Islam itu sendiri. Usaha pihak yang sepatutnya perlu untuk melahirkan pemuda yang berjiwa kental untuk membentuk jati diri ke arah yang profesional. Profesional dari sudut gerak kerja, berorganisasi dan komunikasi. Di antara ciri-ciri pemuda yang menjadi Umair adalah amat sukar diterapkan dalam jiwa anak-anak muda masa kini kerana inilah hakikat manusia akhir zaman.


Merana di tempat sendiri.


Apa yang menyedihkan kanak-kanak yang berada di Semenajung Gaza berada dalam keadaan yang kritikal. Di mana kezaliman pihak Zionis telah mengebom tempat tumpah darah mereka untuk bergelar pejuang Islam yang mulia di sisi Allah. Kita berada dalam keadaan yang aman perlu sedar bahawa hidup di dunia yang tandus agama tiada bezanya dengan tempat yang tidak mengamalkan Islam yang sepenuhnya. Sedih hati ini untuk menyatakan bahawa pemuda-pemuda yang boleh membangunkan Islam semakin hilang.

Palastin bila berakhir..!!! Kata-kata yang memungkinkan penulis berfikir bagaimana caranya mereka berhadapan denga serangan musuh yang tidak pernah berakhir. Namun usaha untuk memboikit barangan keluaran Israel mampu untuk menyelamatkan keluarga kita yang berada di Palastin. Walaupun sedikit, sekurang-kurangnya Allah tidak akan mempersoalkan kita di akhirat kelak. Sungguh mati syahid di jalan Allah adalah matlamat kami. Takbir..!!! Allahuakbar.

No comments:

Akhlak Perhiasan diri


MyCartopia.com Click here to get one